OOO

Isnin, November 10, 2008

Pertandingan Melukis Dan Mewarna


tengah menunggu giliran untuk pendaftaran....

Hari Sabtu lepas akak bawaklah anak yang kecil 2 orang ni gi kat Mid Valley...ada pertandingan melukis dan mewarna anjuran Toyota...

Kalau nak dikatakan anak akak pandai melukis....ehm...kurang sikit si imran ni..baru darjah satu..kakak dia melukis pun tak berapa pandai ..mewarna pulak okey.. mula-mula si imran tak nak masuk..tapi biarlah..saja nakbagi dia orang rasa macamana masuk pertandingan

Kakak sedang bagi penerangan kata adik dia macammana nak buat..tema keselamatan di jalan raya..si imran dah nak nangis dah..tajuk dia tali pinggang keledar di tempat duduk belakang..akak suruh buat aje....menang ..kalah...belakang kira....
Imran tengah menghabiskan hasil lukisannya..
nilah hasil lukisan yang imran buat...bolehlah..............

Selepas tu pihak penganjur bagi beg cenderahati..dan voucher kfc....Dalam beg ada coklat,t-shirt,air kotak ribena,buku dan honey stars.

Masa ni dah dah mula boring..pasal kakak dia mula pukul 2.00 petang...dia punya pulak dah habis pukul 12.00 tengahari..tgk tu tak sabar..terus pakai t-shirt yang dia dapat....

Nilah hasil kerja anak dara akak.......
Temanya Memakai Topi Keledar Untuk Keselamatan.

Hadiah memang lumayan...pertama RM1,000 kedua RM700.00 ketiga RM500 Keempat RM300 dan ke5 RM200. Nak tahu sape yang menang...Kategori A (umur 7 hingga 9 tahun) dan Kategori B (10-12 tahun) di menangi oleh bangsa lain...Tapi memang lawa dan menarik..lukisan mereka tu..memang patut pun mereka menang.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...