lazada

Lazada Malaysia

Isnin, Februari 02, 2009

Rendang Ayam Kedah


Kali ni nak buat rendang ayam lagi....ayam..ayam...ayamm..tu yang laku kat rumah ni...kali ni ambil resepi dari junjs11 di myr.com. Akak c & p aje lah... Katanya resepi asli dari kedah...ataupun di panggil rendang kedah...nak tanya dengan orang Kedah...betul ke orang Kedah masak rendang cara ni.....sila jawab ye orang kedah.....jom layan resepi ye...

Bahan-bahan ( 1 family... )

  • 1 ekor ayam-dipotong2
  • santan dari 2 biji kelapa-akak guna 1 cawan santan pekat campur dgn 1/2 cawan air
  • 1 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar gula merah
  • garam dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 sudu besar minyak sapi-tukar ke minyak sayuran
Bahan kisar

  • @ 10 biji bawang merah
  • @ 10 cm lengkuas
  • @ 5 cm halia
  • @ 3 cm kunyit hidup
  • @ 5 batang serai
  • @ 100 gm cili kering
Bahan Tumis
  • # 2 cm kulit kayu manis
  • # 2 kuntum bunga lawang
  • # 5 biji cengkih
  • # 5 biji buah pelaga

Cara-cara

  1. Panaskan minyak sapi. Tumis bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, biar hingga airnya kering sedikit. Tuangkan santan bersama daun limau purut dan daun kunyit.
  3. Bila sudah empuk, masukkan kerisik, garam dan gula merah. Masaklah hingga pekat. Sedia untuk dimakan mengikut kesukaan masing2..

2 ulasan:

  1. salam aishah...nanti datanglah ke rumah kalau nak makan rendang ni..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers