lazada

Lazada Malaysia

Selasa, Mac 10, 2009

Pau Cik Ah Mat Gebu

Dah selalu buat pau ni....selalunya akak buat inti kentang/inti karipap dan kacang merah..tapi akak memang tak guna cuka...sebab kat rumah ni tak pernah beli cuka...kat rumah akak buat 2 kali ganda baru cukup pau ni...ambil resepi dari rumah Chef Ah Mat Gebu...akak c & p aje..bukan apa takut nanti tertinggal bahan..aniayakan orang lah pulak..buat tak jadi nanti..terima kasih ye CAMG...tanda hijau tu untuk inti kacang merah...yang tu untuk suami akak...


Bahan-Bahannya :-)
  • 240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau-akak guna tepung hongkong
  • 1 camca teh Double-Acting baking powder
  • 1 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh garam
  • 25 g lemak sayur (shortening)
  • 100 ml air suam*
  • 30 g gula halus*
  • 1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)-akak tak letak
  • Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2-akak letak inti karipap dan kacang merah.

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
  2. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
  4. Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
  5. Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba.

18 ulasan:

  1. baru lepas makan pau gak..sedapnya..pandai ar akak nie buat kuih

    BalasPadam
  2. Ina...thanks for the resepi..nanti nak try

    BalasPadam
  3. sedapnyer pau kak ina ni!!!!daku suke mkn pau...tapi xde sampai nak buat sendiri..x roti den..beli kat kedai je..hehe

    BalasPadam
  4. Ish,ish,ish..tengok pau kak Ina ni teringin la plak nk buat lagi...kali ni nk cuba cara kak ina tu plak..thanks..

    BalasPadam
  5. Sedap giler pau ni..pandai betoi kak ina masak..nak try lar..tapi kalau naura masak, sure tak jadi punya..hehe

    BalasPadam
  6. pau kak ina tu nampak macam pau yang dijual kat bakeri je. bila lapar ni nampak makanan sedap, perut pun apa lagi, menyanyilah dia.

    BalasPadam
  7. cantik pau tu..tima kasih sebab akak sudi kongsi resipi...

    BalasPadam
  8. sedapnya kueh pauu... makan dua ketol dah kenyanggg!!

    BalasPadam
  9. salam kak ina,
    nampak sodap jer pau tuh...hehe
    salam kenal.

    BalasPadam
  10. adik sy slalu bergurau ngan saya.. dia cakap kalau time ngandung makan kuih pau nih.. anak mesti gebu cam pau.. yer ker kak ina?

    BalasPadam
  11. salam atty's...belum rasa kamu kata dah sedap...agaknya bila dah rasa kamu kata alahai...nampak aje lawa..tapi rasa tak sedap..saje gurau aje ye..

    BalasPadam
  12. salam aNIe..cubalah buat..mana tau aNIe punya lagi gebus..

    BalasPadam
  13. salam syafa...kalau setakat nak makan berdua memang akak tak buat..baik beli aje..sonang kan..

    BalasPadam
  14. salam noorma..versi pau ni mcm-mcm..akak pun dah cuba 2-3 resepi..nak tahu yang mana yang best..

    BalasPadam
  15. salam naurah makwa..cuba dulu sikit..jgn putus asa nak mencuba..

    BalasPadam
  16. salam kakchik...alahai malunya dpt pujian mcm tu..apa-apa pun terima kasih ajelah atas pujian dari org jauh ni..

    BalasPadam
  17. salam jiya..memang kenyang makan pau ni..tak yah makan nasi..

    BalasPadam
  18. salam lupakanje..salam perkenalan juga dari akak..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers