Bila tekak nak makan macam-macam

by kak ina kl on Selasa, Jun 30, 2009

Tanya yana nak makan apa....al maklumlah lebih kurang se bulan lagi dia nak pergi ke india ...dia kata nak makan kerabu daging. Hari minggu akak gilah ke pasar greenwood beli daging lembut/steak. Suruh dia hidupkan api dengan gunakan tempurung/arang...bab ni dia dah terror..akak tak masuk campur.

Bila dah hidupkan arang/tempurung ni rugi pulak kalau tak salai ikan sembilang..buatlah sekali.

Tapi tak masak dulu...wrapping dalam cling plastik dan pastu masukkan kat dalam peti ais..si russhdi suruh masak lemak ikan sembilang.....isshhhh tak muak-muak..cadang nak masak hari rabu..pasal dia nak balik ke bangi lepas maghrib.

Tercapailah hajat di hati yana nak makan kerabu daging ni...akak yang panggil....sebenarnya resepi ni panggil daging grill pedas. kali ni akak masukkan tomato.

Masak pulak daging salai masak lemak dengan jantung pisang. Yang ni akak yang nak makan..sebab puasa...jadi tekak ni nak makan macam-macam..

Oleh sebab masak macam ni selalu akak dah bagi resepi...akak tepek gambar ajelah ye..

Masa goreng ni nak dekat maghrib....barulah best makan panas-panas...

Pastu blend buah tembikai.......alhamdulliah dapat jugak habiskan puasa hari...hari masak cara kampung..tapi aduhai....bertambah akak makan..

11 comments

alahai kak inaa...terliur tengok lauk pauk akak la.

by ain on 30 Jun 2009 7:43 PTG. #

waduh waduh kak ina semuanye sedap belaka

by FiDa@aMiDa on 30 Jun 2009 11:28 PTG. #

mak sedapnyer....!!!!

by ::@FiQ on 30 Jun 2009 11:59 PTG. #

kak ina...
Norma terliur sungguh daging kerabu tu....bakar dlm oven pun boleh kut ye...akak perap dgn apa daging tu? Mcm tanya chef wan la plak...

by nj on 1 Julai 2009 5:28 PG. #

Kak Ina.... sedap2 nye lauk... rasa nak cekau2 jer semua tue.... sangat best kalau boleh tompang makan nie... huhu

by blogresipi on 1 Julai 2009 6:07 PG. #

aduiii kak..terliurnya saya..

by mama Tiara on 1 Julai 2009 8:25 PG. #

anak nak pi India sambung blajar?

by mama Tiara on 1 Julai 2009 8:25 PG. #

salam ain...alahai kesian pulak kata kamu terliur..tapi tak mengandung kan..kalau idak kena bagi kamulah pulak..takut baby mengences...

salam fida..kalau sedap cubalah buat..tak yah bubuh jantung pisang pun tak apa.

salam afiq...ala masakan kg ..msk biasa-biasa ajelah..

salam nj...caranya basuh daging..pastu bubuh serbuk kunyit dan garam dan perap sekejap...ataupun bubuh garam dan serbuk lada hitam...grill dalam oven boleh..dalam kuali pun boleh..

by kak ina kl on 1 Julai 2009 10:02 PG. #

salam blogresepi..cubalah buat kalau sedap..senang aje cara nak buat dia.

salam mamatiara..anak akak insyallah gi india belajar kat sana..apa nak buat jpa nak hantar...

by kak ina kl on 1 Julai 2009 10:03 PG. #

ADOIIIIIIIIIIIIIII....

Sedapnye!!!

by ai on 1 Julai 2009 5:11 PTG. #

salam ai...kita berdua ni memang suka makan ikan keli kan...nasib baiklah selera serupa.

by kak ina kl on 1 Julai 2009 7:53 PTG. #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...