OOO

Khamis, Jun 04, 2009

Seharian di Petrosains/Dino Trek di KLCC

Semalam pergi ke Petrosains di Klcc..dulu masa mengajar tabika perpaduan boleh dikatakan setiap tahun acara lawatan ke petrosains mesti di buat diatas permintaan ibubapa murid. Dari anak sulung, firdaus, yana dan ira aje yang pergi ...itu pun umur dia 5 tahun...dah lama gak tak pergi.

Imran memang tak pernah jejakkan kaki ke sini. Cuti sekolah ni memang tak plan gi kemana-mana. Kesian lah pulak..akak ajak ira dan imran ke situ. Anak-anak yang besar sibuk dengan urusan masing-masing.

Imran takut nak naik benda ni...si ira yang takutkan dia..dia kata tempat ni gelap gelita...dahlah si imran tu penakut...

Tenguklah muka si imran dah panik...dia duduk diam aje dah...dia kata..
.mak ...nanti im nak duduk sebelah mak tau...

Masa sampai semua kedai di shopping complex tak bukak lagi..kami sampai kat klcc pukul 9.30 pagi..ingatkan kami orang yang paling awal....rupernya dah ramai beb...akak ambil tiket combo.masuk ke petrosains dan dino trek.....Murah sikit 1 dewasa dan 2 orang kanak-kanak baru RM25.00.

Imran paling seronok kat tempat ni...main ni beramai-ramai campur dengan anak cina.

Sementara tunggu imran main kat situ...ira lepak kat sini..

Jengkaut ni ada 2 aje..tapi yang nak main ramai..kenalah beratur...

Muga-muga anakku akan sepintar dia ni...tapi tang agama pun mesti seimbang ekk..

Ramai betullah di tempat pameran..nak ambil gambar pun payah..ashik lalu lalang aje...

Paling best dia kata naik helikopter nilah...walau pun tak terbang tinggi di udara.

ira pun kata best kat sini...banyak benda yang boleh di jelajah

Yang ni dulu tak ada...tgk cerita pendek 3 D...murah aje ...baru RM1.00 utk kanak-kanak...15 minit setiap tayangan...akak tak masuk...ira kena RM2.00..harga untuk umur 13 tahun ke atas..bila keluar mereka kata besttttt.

Si ira pun seronok jugak

Muka yang happy bila dah habis melawat petrosains..sebenarnya tak boleh ambil gambar..tapi mak dia ni degil..
imran kata nanti kita pergi lagi...
akak kata...pergi lagi 2 tahun lagi lah baru best...ada perubahan
lepas tu masuk ke dino trek ni pulak

Imran paling suka kat tempat dino trek 2 ni...tak nak balik...akak yang penat...tempat duduk sikit sangat.

suka pulak lah dia ambil gambar kat sini..kalau tidak susah bebeno...

Dia seronok main yang ni...ashik ulang ke sini aje..padahal bukannya besar sangat pun tempat pameran ni..

kelakarlah tenguk anak dinasour keluar dari telur..

part nilah yang dia paling suka...cari fosil dalam pasir....

Nak main yang ni pun kena beratur...akak puas ajak imran balik...dia kata tak puas lagi...geram betul di buatnya..

Pelajar dari sekolah seri mutiara antarabangsa damansara ...seronok tenguk macam-macam bangsa dalam rombongan ni dan tadika cina mana tah...tu yang buat ramai ...riuh rendah di buatnya..

Dah kebuluran...keluar dah dekat pukul 2.30 petang...ira dan imran makan sizilling yee mee..atau mereka panggil mee bangla...

Mak dia berangan nak jadi mat salleh..

Nasib baiklah akak tak parking kat sini...anak akak hantar ...bawak kereta gi kolej...pastu balik dia ambik...tak dapat dibayangkan berapalah kena bayar parking....dari pukul 9.30 sampai pukul 3.30 petang..rasanya mau berbelas-belas ringgit. Penat memang penat...tapi berbaloi rasanya...pergi tempat yang berfaedah.

3 ulasan:

  1. kak ina, seronoklah anak2 bawa pergi jln2 ye....
    rumah akak sure meriah anak2 cuti sekolah ni.
    terliur tengok sizzling mee tu...saya suka!

    BalasPadam
  2. saya ada hutang ngan anak2 pergi petrosains. bila le nak pergi..??

    BalasPadam
  3. Wah bestnya bawak anak-anak gi jalan2 masa cuti ni! mak dengan anak-anak sama-sama enjoy!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers