OOO

Isnin, Julai 27, 2009

Ayam Goreng Berempah


Bila masa nak buat ayam berempah ni..memang akak suka perap seharian...sebab lagi sedap rasanya...bila goreng ...fuhhhhh jiran sekeliling pun boleh bau... ..memang sedap...tak yah lagi beli kat luar....cubalah...

Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dengan tpg gandum nak hilang bau hanyir)dan dipotong 12
  • 1/2 sudu teh jintan putih*)
  • 1 sudu teh jintan manis* ) basuh dan rendam sebentar
  • 1 sudu teh ketumbar* )
  • 2 biji bawang putih*
  • 11/2 inci halia*
  • 3 batang serai*
  • 2 sudu makan rempah kari (apa-apa jenama pun boleh)
  • garam secukupnya
  • serbuk kunyit secukupnya
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 tangkai daun kari
  • sedikit gula (pilihan)
  • Minyak masak

Cara-caranya

1. Kisar semua bahan bertanda *
2. Selepas tu masukkan ke dalam ayam.
3. Masukkan juga rempah kari, gula, garam, serbuk kunyit, daun kari dan tepung jagung.
4. Sebaiknya di perap semalaman...kalau nak cepat 1 jam pun boleh.
5. Gorenglah dengan minyak yang banyak dan apabila hampir nak makan.(nanti dah sejuk kurang sedap)

5 ulasan:

  1. sedappppp....saya baru gak lepas buat ayam berempah.

    BalasPadam
  2. kak ina, sal ambik resepi erkk....sedapnya bau....

    BalasPadam
  3. Bestnye kak Ina.. yg paha tue nampak best... nak seketul.hehe

    BalasPadam
  4. waaaaaaaaaaaaaaaaaaa terliuq daku

    BalasPadam
  5. saya nak cuba akak punya resepi ni.buat sekarang....goreng nanti nak berbuka puasa karang.izinkan ye.tq!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...