OOO

Khamis, Julai 09, 2009

Ayam Panggang Tijah/Mashed Potato/Coleslaw


Akak ambil resepi ni dari member blog yang gaya penulisannya memang lawak..dia bahasakan diri dia tijah...akak buat pada hari jumaat lepas...akak tak tukarlah gaya penulisan dia..kalau nak gelak...gelaklah ye..bukan akak yang buat lawak...tijah..akak dah buat dah resepi kamu..sedappppppppppp...

resepi : ayam panggang tijah (eh! patutnya tijah panggang ayam la kan?)

bahan2 :

  • ayam sekor (jgn potong, jgn buang kulit)-akak potong kecik-kecik
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 btg serai
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu minyak masak / olive oil / butter / apo2 yo lah...
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit gula
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit

blend segala bahan di atas kecuali ayam (ofkos la kan. apohal lak nak di blend ayam tu...)

kaedah :

  • mula2 buat space sket utk sumbat rempah2 tu kat ayam. cara dia...masukkan saja jari jemari gemuk anda kat cecelah antara kulit & daging ayam tu.
  • kemudian lumurkan rempah2 yg dah di blend tadi keseluruh bahagian ayam. cecelah kulit, cecelah ketiak, luar kulit & dalam perut.
  • urut2 dgn cakaran harimau kasih sayang supaya ramuan tadi meresap sepenuhnya
  • marinate semalaman. or at least 4 jam (balut dgn plastik/cling wrap supaya rempah sherashi bershama dgn ayam)
  • kemudian bakar pada suhu 200'c selama 45-60 minit (tengok size ayam la. kalu kecik tak payah lama sgt)
  • sekali sekala bukak oven utk sapu balik drippings tu kat ayam...
  • utk gravy (kuah), masakkan lebihan rempah tadi dgn dripping ayam (lelemak yg cair atas dulang masa bakar ayam tu). tambah sedikit kicap manis, sos lada hitam & sos cili. kalau pekat sgt...tambah air.
Buat coleslaw kobis aje..tak nak bubuh lobak merah..anak-anak tak suka..luper nak snap..dah nak habis baru teringat.

Bahan-bahan untuk creamy coleslaw-untuk 4 orang makan

1. 1/4 biji kobis cina (yang bulat kecil)
2. 1 batang lobak merah-tak letak
3. 4 sudu besar mayonis
4. 2 sudu besar sour cream - tak letak
5. 2 sudu kecil gula
6. 1 sudu kecil garam
7. 1 sudu besar lemon jus - akak bubuh jus limau nipis aje
8. sedikit lada hitam - tak letak
9. 1/4 bawang besar - akak tak letak...kalau letak anak-anak tak nak makan...

Cara-cara

  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali kobis dan lobak merah.
  • Basuh bersih kobis dan lobak merah. Hiris kobis.
  • Potong halus lobak merah..akak parut memanjang...
  • Gaul kobis dan lobak dan masukkan semua bahan yang lain.
  • Sejukkan ke dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.


Buat juga mashed potato

Bahan-bahan untuk seorang
  • 1 biji kentang sederhana besar
  • 1/4 kiub ayam tanpa msg
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 ketul mentega tanpa garam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • air
  • sedikit garam jika perlu

Cara-cara

  1. Buang kulit ubi dan potong 8.Rebuskan ubi hingga empuk dan lembut.Lecekkan ubi hingga lumat.Kemudian kepalkan menjadi bulat di dalam mangkuk.
  2. Bancuhkan tepung jagung dengan air, lada hitam dan kiub ayam.Jangan terlalu pekat.Tambahkan sedikit garam jika perlu.
  3. Cairkan mentega dalam pan dgn api yang kecil.Masukkan bancuhan tepung dan kacau perlahan lahan hingga masak.Jangan terlalu lama di atas api.
  4. Curahkan kuah ini di atas kentang lecek tadi.Sedia untuk dihidang.

Bahan-bahan untuk kuah


1. 20gm butter (akak tak timbang..pakai agak-agak aje)

2. 1 sudu makan tepung gandum

3. 2 biji bawang putih - di cincang halus

4. 6 biji cendawan butang dalam tin (toskan air dan hiris tipis)
5. 2 sudu makan whipped cream

6. 1/2-3/4 cawan susu cair

7. 1 biji bawang holland-cincang kasar (akak tambah sendiri)

8. 1 sudu makan sos tiram (akak tambah)
9. lada hitam biji (tumbuk \kisar kasar)

10.garam secukupnya

Cara-cara
  • Cairkan mentega didalam kuali dengan api perlahan sampai berbuih.
  • Masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dicincang. Tumis sehingga naik bau tapi jangan warna dia bertukar.
  • Masukkan pula cendawan butang dan kacau lagi selama 2 minit.
  • Masukkan pula tepung gandum sehingga 2 minit. Time ni kena kacau selalu..tak boleh tinggal.
  • Masukkan pula susu cair dan whip krim. Kalau nak banyak kuah tambah lagi susu...agak-agaklah banyak mana yang di sukai. Kacau sebati. Akak tambah sedikit air..nak bagi cair sikit..kat rumah ni tak suka yang pekat.
  • Masukkan garam, lada hitam dan sos tiram.
  • Hidangkan panas-panas.

7 ulasan:

  1. kak ina...
    sakannya memasak kali ni..
    resipi ayam panggang tu pedas tak??

    BalasPadam
  2. wah! sodap eh siap ado mashed potato lagi...saya nak amek resepi plak yer kak. benda tu tak tau buat...heheh

    BalasPadam
  3. Sedap nye ayam panggang... makan ala2 KFC plak ye kak... heheh

    BalasPadam
  4. salam nj..tak pedaslah..anak-anak pun boleh makan..

    salam tijah..ambik ajelah..kita tukar suka sama suka..

    salam blogresepi...tak adalah macam kfc tapi yang ni ala-ala kenny roster versi melayu.

    BalasPadam
  5. hihihi...kelako le si tijah tu. tp kan mcm best je ayam oanggang tijah tu. try le nanti.

    BalasPadam
  6. ekh lupa pulak la...apa nama blog si tijah ni kak. nak gi skodeng la nanti.

    BalasPadam
  7. salam ain..memang kelakar kan..tapi sedap jugaklah..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...