OOO

Rabu, Julai 15, 2009

Cempedak Goreng

Bila balik dari jaybee mak bagi tau yang mak saudara dari Mersing datang nak hantar anak lelaki dia masuk kolej ipts ...ambil kursus masak memasak..bagus jugak kursus ni...cerah masa depan..dia bawak rambutan dan buah cempedak...suami ambil cuti hari isnin..kenalah buat benda yang nak di makan waktu petang. Akak goreng cempedak yang di bagi mak saudara gunakan resepi ni...

Bahan-bahannya
  • 75 gram tepung naik sendiri
  • 60 gram tepung beras
  • 1 camca besar tepung jagung
  • sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya (jika mahu)-tak letak
  • sedikit air kapur (anggaran 1 sudu kecil - jangan terlalu banyak nanti pahit)
  • 130 ml air
  • 3 - 5 ketul ais (jangan terlalu banyak takut adunan cair)
Cara-caranya

1. Satukan bahan kering didalam mangkuk. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan air sambil gaul hingga sebati. Akak bancuh dengan whisk lagi senang rasanya.
2. Bila pekat dan boleh menyalut belakang sudu, biarkan bancuhan selama 10-15 minit. Pastikan minyak untuk menggoreng banyak dan cukup panas supaya pisang digoreng menjadi keemasan dan tidak menyerap minyak.
3. Selepas bancuhan di perap untuk 10 - 15 minit dan minyak cukup panas, masukkan anggaran 3 - 5 ketul ais dalam adunan dan celup pisang dalam bancuhan dan terus goreng. Insyallah pisang akan menjadi ranggup walaupun telah sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers