OOO

Khamis, Julai 02, 2009

Kek Lapis Alwani (Dayangjack)

konon-konon nak lawa..rupernya comot..tak kisahlah..rugi tau kalau tak buat..

Bila gi jejalan rumah member cyber tertariklah pulak dengan kek lapis ni...senang dan mudah caa dan bahan-bahan dia..resepi asal dari rumah dayangjack http://dayangjack.blogspot.com/tapi akak c & p dari rumah fiza nordin...tq dayang bagi kek lapis yang enak bangat..tapi sorrylah tukar warna..tak apa kan dayang...

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam-tak bubuh pun anak-anak tak suka
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, merah dan hijau-akak tukar ke colour purple
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.

Dalam loyang...satu hari boleh habis..sedap giler..anak-anak sukalah pulak.

6 ulasan:

  1. salam kakina..rajinnya k.ina masak setiap hari ada je juadah yg best2 untung suami n anak2..tahniah dan syabas dari saya..

    BalasPadam
  2. Mantoplah kak ina nih. hari-hari ade je tempek respi best-best. leleh air liur, dahlah puasa sunat hari ni. ada pulak kang aku buke pukul 1 nanti.

    BalasPadam
  3. mcm senang je nak buat kek lapis ni ekh. kena try ler. bila ekh..??hihi

    BalasPadam
  4. salam k ina, mmg nampak sedap n senang jer bhn2 nak buat kek ni... nti nak trylah... klu dah buat nti bg report hihihi..

    BalasPadam
  5. salam Datin El..alahai malunya dpt pujian dari kmu tu..terimakasihlah ye..tapi masak tukan kerja seorang ibu dan orang perempuan.

    salam siti..takkan tenguk gambar aje dah meleleh air liur.

    salam ain..memang senang bebeno..bahan simple tapi rasa dia umphhhhh


    salam atty's..cubalah buat ye kalau cantik.

    salam ella..cuba jangan tak cuba.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers