OOO

Khamis, Julai 02, 2009

Kisah anak bongsu aka anak b*nt*t..(si imranlah tu)

Bila sambut hari jadi ayah dia hari jumaat lepas...ayah dia tanya....

im..tak bagi hadiah untuk ayah ke?

dia senyum aje...malam tu akak perasan dia cari kertas lukisan..ingatkan dia nak lukis entah apa-apa..kami pulak tidur awal malam tu...


entah bila di masuk tak tahulah....bangun pagi akak perasan benda ni kat atas meja solek dalam bilik..tenguk tulisan dah tahu ni mesti kerja si imran.
bila suami akak bangun akak bagi tau dia pasal hadiah yang imran bagi tu.

dahlah bungkus lebih kurang aje...Suami akak bukak...

eh..eh..eh... dia bagi tempat habuk rokoklah...akak dah nak tergelak...

apalah abang ni...tukan tempat bubuh pensil/pen...nak tahu dia dapat kat mana?
masa gi genting makan kat marrybrown...beli set mcm happy meal..dapatlah benda ni..

Tak apalah abang nak ucap terima kasih kat dia juga.. bila imran bangun pagi sabtu ayah dia kata...

Terima kasih ye im bagi ayah hadiah.. dia tersenyum simpul..


kwang..kwang..kwang....dia bagi kat ayah dialah pulak..tak payah keluar duit. tapi tak apa..at least ada jugak dia nak bagi hadiah sempena hari jadi ayah dia.


Sekarang ni kan cerita transformer dah mula..dia dah kumpul duit dah nak tenguk hari minggu lepas..tapi waktu siang dah sold out..yang ada waktu malam...suami tak bagi dia ikut abang-abang dia tenguk midnight show..benganglah dia...

hari ahad lepas....sebelum ke jj setiawangsa..dia pesan...

mak ... bawak duit im kumpul tu tau..

entah apalah rancangan dia nak menghabiskan duit tu....yang pada asalnya nak tenguk cerita transformer.


Gi ke situ pasal nak cari balzer untuk yana pakai bila nak fly nanti..akak tak beli apa-apa ..cuma window shopping..jalan-jalan kat area bahan elektrik... tiba-tiba tercabut sandal akak..bengang jugak di buatnya..baru beli masa jj sales..tak tahan sungguh...terpaksalah akak heret aje sandal sampai kat tempat orang jual kasut..cari yang murah bawah RM20.00 tak ada..malas nak beli yang mahal..

bila yana call kata dah dapat dah blazer dia..akak suruh dia datang ke tempat jual kasut...suruh panggil suami akak..al maklumlah kredit hp tak ada..mula-mula yana nak bayarkan.......dia kan tengah loaded...duit blazer dia ayah dia sponsor....nasib baiklah hb yang tolong bayarkan.

lepas tu gi makan kat food court..makan tengahari....luper lak nak ambil gambar.akak masuk ke pasaraya cari barang dapur...lepas habis beli brg yana sponsor takoyaki.... first time akak makan takoyaki ..sedap jugaklah..kena cari acuan dia ni.

dah lepas beli barang dapur... kami terus ke rawang..nak tenguk anak dara akak..sempat belikan dia jajan..bila sampai kat petronas batu caves nak beli minyak imran nak turun jugak..

dia pergi beli benda ni....dahlah mahal .....cinonet pulak tu...mcm biasalah mak dia pot pet..pot..pet.......hb akak kata biarkanlah..duit dia..

ashik main benda ni ajelah kat kantin sekolah ira..

Teruk jugak kan promosi transformer ni...minggu ni dia simpan lagi duit sekolah nak gi tenguk transformer kat klcc dengan yana..mak dia tak ada..nak gi ke kota bharu......

11 ulasan:

  1. laa.terharu plak tgk imran bagi hadiah kat ayah dia..tanda kasih sayang anak kat ayah dia...

    BalasPadam
  2. penangan transformer ni memang hebat. anak akak sorang dah pegi tengok. pastu kata nak pegi tengok lagi sekali. yang lelain sebok nak pegi jugak. akak kata kalau nak pegi kena pakai mask. yelah.. duduk dalam tempat tertutup macamtu. kena berjaga-jaga gak.

    BalasPadam
  3. sy pun mggu ni nk kena bawak anak2 gi tengok transformer gak. mintak2 ada lah tiket!

    BalasPadam
  4. Salam kak ina...

    tak tahan gelak bila hubby akak kata , hadiah imran tu tmpat abu rokok...
    hahahaaa...
    :)

    BalasPadam
  5. Ila...pandai imran siapkan hadiah buat ayah dia...sejuk hati ayah dia dpat hadiah dari anak bongsu tu...

    Seb baik anak anie tak minat nak tengok Transformers lagik

    BalasPadam
  6. slm k.ina..nk ke kota bharu ye.buat ape kt sane?nnt leh la jmpa dgn akk.hehe =)

    BalasPadam
  7. Cute nye.. pandai pulak dia balut2 hadiah bagi kat ayah die... :D

    BalasPadam
  8. salam mamatiara..dia seorg aje yg bagi hadiah..akak pun tak bagi..akak bagi lain...huwaaaaa

    salam kakpah..anak lelaki saya pun nak gi lagi ni..nak join adik-adik ni minggu ni..

    salam ain..ambil tiket on9lah..lagi senang..tak yah beratur panjang.

    BalasPadam
  9. kak ina...
    bagus imran!...budak2 memang macam tu. Niat ikhlas tu walaupun capai apa yang ada...mesti ayah suka dan terharu...

    BalasPadam
  10. terharu tgk anak kecik tu dah pandai hargai ayah dia...carik hadiah dan bungkus sendiri...berdikari dia tak suruh org lain balutkan...semoga anak kecil (Imran) ini berjaya selalu....

    BalasPadam
  11. Terharu baca N3 ni..
    tanda kasih tetap ada w/pon kecil lagi..
    sama ah kak anak² ni pun dok merengek nak tgk Transformers

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers