OOO

Isnin, Julai 27, 2009

Kueh bakar


Anak-anak , mak, abah dan suami akak memang suka makan kueh ni...termasuk jugak adik bongsu akak...kalau buat kueh bakar ni memang dapat banyak...ni resepi ulangan..tapi akak rajinlah pulak nak bubuh resepi...resepi asal dari joaye.

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 2 1/4 cawan santan (1 can santan-450ml)
  • 1 cawan jus pandan (air di campur dengan pes pandan)
  • 2 susu makan mentega/minyak
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 titik pewarna hijau
  • bijan secukupnya-(disangai dulu-goreng tanpa minyak...akak memang suka letak bijan banyak-banyak

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan dan blend sampai sebati.
2. Masukkan 2 sudu minyak/mentega kedalam loyang.
3. Panaskan oven 180C dan bila minyak/mentega dah panas masukkan adunan tadi.
4. Bakarlah selama 1 jam. Kalau nak garing bakar lama sikit.


2 ulasan:

  1. salam kak ina kl...saya tak tahan tengok kuih bakar ni..sungguh menggoda..

    BalasPadam
  2. teringat kat arwah nenek...dia selalu masak kuih ni.. :(

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...