OOO

Jumaat, Julai 24, 2009

Macam-macam cerita (Hari Khamis)

Terima kasih kepada member-member cyber yang mendoakan abah akak..semuga beliau cepat sembuh...nasib baik jugak kami hantar buat medical check up hari khamis lalu...memang dah ada tanda-tanda penyakit jantung....oleh sebab kat hospital selayang peralatan nak check secara terperinci tak ada...terpaksalah pagi isnin ke institut jantung negara di jalan pahang....naik ambulan pulak tu......kalau saluran ke jantung baru nak tersumbat mereka tak operate cuma letak ubat aje...lepas tu boleh balik rumah...harap-harap tak teruklah..

Macam biasa rutin harian menghantar imran ke sekolah pukul 7.00 pagi..kadang-kadang akak gilir-gilir dengan anak lelaki akak...lepas tu terus brooom ke wangsa maju....pekena nasi lemak di depan jj pastu terus q nak masuk parking sebab jj belum bukak...tenguk jam kat dashboard baru pukul 8.18 pagi kereta dah banyak.

Akak dah parking kereta masa ni...ambil gambar kat depan jj...masa akak makan nasi lemak kat seberang jalan tu taklah macam ni punya sesak. Mula-mula cadang nak masuk ikut pintu ni...tapi tenguk q dah panjang ...

Pandangan dari belah jalan lagi satu...yang harunya sape q kereta kat belah sini tak dapat masuk walaupun akak dah masuk kat tempat parking pukul 8.00 lebih dan pukul 9.00 waktu pintu jj di bukak mereka masih di luar....lain kali dah tahu tak yah nak sibuk q kat pintu ni...kesiannya mereka ....

Terus ke pintu ni..nasib baiklah tak banyak lagi kereta...legalah sikit..dalam pukul 8.30 pagi barulah pintu parking di bukak...tulah sebabnya akak suka pergi pepagi ni...senang nak parking dan senang nak beli barang.

dan senang nak bayar....grab apa yang nak teruslah bayar...tak kuasa nak tunggu lelama...dalam pukul 11.30 pagi satu jj kami jelajah...kalau nak diikutkan semua nak beli...tapi kena beringat..nasib baik ada yana...lehlah dia ingatkan omak dio...tapi kebanyakkan barang yana..al maklumlah dah sampai sinun nanti dio tak leh shopping macam kat kay ell...

Susah jugak nak cari klinik yang ada hepatitis A ni...tanya kat klinik kat area taman melawati semua tak ada....nasib baik pergi ke hospital sini adalah pulak..yana masuk seorang...oleh sebab akak malas nak duduk kat dalam akak duduk dalam kereta aje...ingatkan cepat macam ambil suntikan typod di hospital damai di jalan ipoh hari isnin lepas...rupernya nak dekat 1 jam..

Akak terlena dalam kereta....pastu terjaga sebab perasan apa pasal ramai sangat orang kat sebelah dan belakang kereta akak....mula-mula ingat penguatkuasa datang sebab akak tak bayar parking....lepas tu ada pulak orang bukak meja dan letak makanan dan minuman...akak ingat orang nak berniaga makanan .... pasal dah nak dekat pukul 12.00 tengahari..akak relax aje..pastu akak tenguk si ummi aida tengah ambil makanan yang disediakan kat sebelah akak...

Cun jugak ekk si ummi aida ni walaupun umur dah banyak....nak ambil gambar dengan dia ...dia tengah makan..pastu nampak pulak pelakon lelaki ni... heryanto (entah betul ke idak nama dia)dia tak fofular sangat...akak tenguk dalam kereta aje masa tu....lepas ummi aida habis makan terus touch up dan terus mereka shoot....pengarah tu duduk kepan kereta akak...dengar suara macam kenal....

Masa tu tak nampak muka...lepas yana ambil injection...dia cari akak..dia tak nampak akak parking kat mana.....akak bagi tau akak masih kat tpt tadi tapi terlindung dengan lori krew ni..oleh sebab mereka masih shooting akak tak naklah kacau...akak keluar dari kereta dan duduk kat tepi longkang tenguk macammana mereka shooting cerita ni...tanya kat budak krew dia kata shooting telemovie untuk bulan pose nanti....barulah akak perasan pengarah tu aziz m osman..keciklah orangnya...mereka berhenti kejap sebab akak nak keluar...cadang nak ambil gambar dengan ummi tu ... tapi macam sombong aje...malaslah pulak...ambil gambar ni pun masa dalam kereta aje...

Sebelum ke sini gi ke rumah kak long akak di taman melati....kena pergi 2 orang ke hospital ni...kakak pulak nak tunggu anak dia balik sekolah....gi beli lauk...makan kat rumah dia....nak dekat pukul 2.00 terus hantar yana balik dan bawak abah akak ke hospital...nasib baik ada saudara yang kerja kat situ...tanya dengan dia macam mana prosedur nak check up kat sini...

Terus ke unit kecemasan....abah kena duduk kat wheel chair dan terus mereka check jantung...tapi tak dapat detect...bila check up kencing manis pulak ...naik sampai 12 lebih...ni gara-gara adik beli durian...abah ni memang hantu durian..pantang jumpa dan bau...macam anak dia jugak...sape ada penyakit kencing manis kalau boleh durian tu kena elakkan..

Lepas tu kena tunggu doktor check pulak...mak datuk menunggu punyalah lama...dekat 2 jam lebih (sebab abah bukan kes kritikal..mereka utamakan kes kritikal dulu) kat papan kenyataan dah tulis dah..jadi kami yang datang ke unit kecemasan ni kena faham...

Abah dah penat dah sebab tunggu lama sangat..kak long bersama anak lelaki bongsu dia pun boring....bawak budak kecil ni..memang banyak kerenah..ashik minta jajan dan air...

abah memang tak pernah pergi ke hospital kerajaan tapi ke klinik kerajaan biasalah..sebab check penyakit kencing manis dan darah tinggi..lepas jumpa doktor .. kena pulak ambil darah...bila akak masuk ke bilik nak ambil darah tu...fu yoooo lama giler...kalah hospital ampang putri ataupun pusparawi...lawa siooot..

Abah dapatlah baring ... tapi dia dah boring bila nak tunggu result darah...kena tunggu 2 jam pulak tu..masa tu dah nak dekat pukul 7.00 malam .. dia dah lapar..hospital ada bagi mee goreng dan air nescafe...tapi dia tak lalu nak makan....kak long belikan roti hot dog dan susu coklat...untuk alas perut.

Bila keluar result...abah kena tinggal dalam wad sebab memang dah ada penyakit jantung walau pun tak serius....akak tukarkan baju dan suruh adik akak datang pulak jaga abah sampai pukul 12.00 malam...lepas dia datang akak balik...nasib baiklah suami kak long dah tunggu kat rumah mak...jadi tak yahlah akak hantar dia.

Kebetulan suami akak puasa...nasib baik yana ada...lauk dah ada...suruh dia masak sup sayur dan goreng pepedum....akak beli kari kambing....lepas mandi dan makan terus lolap...

3 ulasan:

  1. salam kak ina.
    tak sangka ayah kak ina sakit. semoga dia dipermudahkan Allah semasa sakit dan disembuhkan juga nanti.
    memang macam2 cite yg akak tulis ni. eh, tu bukan ke aziz m. osman tu? wah... org dok KL memang senang nak jumpa artis ya.
    hari tu misha omar dtg ke pejabat, riuh budak2 sekolah nak ambil gambar. rupanya pembantu teknikal kami ialah pak sedara dia.
    bising satu library dgn peminat dia. jarang jumpa artis la kan, hehe.

    BalasPadam
  2. salam kakchik..

    dah umur banyak ni..macam-macam penyakitlah datang..alhamdulliah telah beransur sehat..tapi kena jugak ke ijn ..nak check saluran mana yang tersumbat..

    kat kay ell ni..orang tak berapa hairan dengan artis..dah selalu jumpa..kalau artis tu sombong...akak lagi tak hairan..

    kalau kat luar dari kay ell...memang heboh bila artis datang...

    BalasPadam
  3. salam kak ina...moga abah kak ina sepat sembuh...

    wah!!! bestnyer dok kl...selalu jumpa artis je...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...