Puding Roti Marble

by kak ina kl on Selasa, Julai 28, 2009

Buat puding roti marble masa majlis tahlil dan doa selamat kat rumah akak hari Sabtu yang lalu..sebelum tu dah suruh yana cuba buat hari Khamis..saje nak rasa dulu sebelum dihidangkan pada hari tersebut...alhamdulliah semua tetamu suka dan habis hari yang sama.

Terima kasih buat hana http://hanamemories.blogspot.com di Jepun yang sudi berkongsi resepi yang enak banget ni....akak c & p ye...


Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
Buat hari Khamis yang lepas

Masa ni gunakan serbuk koko

Masa majlis tahlil dan kenduri doa selamat hari Sabtu...buat 2 loyang..satu di campurkan dengan coklat elmulco dan satu loyang lagi di buat guna esen pandan....tetamu lagi suka yang bubuh esen pandan tu...tu yang cepat habis.

Tak muat nak letak atas tray 2 tingkat....akak buat 2 set sebenarnya...1 lagi set luper nak ambil gambar...kelam kabut....letak dalam pinggan dulu...dah habis kat tray baru letak yang ni...

4 comments

npk cam senang jer kan
tapi konpem kalo aku yg buat
mmg hancur
ahaksss
aper kata ko bagi aku sepingan duo

by momguess on 28 Julai 2009 10:31 PG. #

kalau kau masak apa pon mmg sedap punye kak!!! tp aku ni x dpt2 lagi nk rasa..huhuhu

by ai on 28 Julai 2009 11:54 PG. #

ujung minggu depan, MIL nak buat kenduri gak. dok tengah memikir apa ole2 nak bawak balik. haaaa..dpt idea dari umah k.ina ni. leh buat puding ni gak...coklat & pandan. x pernah cuba lg ni...

by Azita on 28 Julai 2009 12:52 PTG. #

terima kasih kak sbb kongsi.senang lah buat kalau tak payah bakar @ kukus.

alhamdulilah kak. menjadi resepi ni. halal kan yer.

by s h u on 14 Ogos 2009 6:30 PTG. #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Catatan Popular