OOO

Rabu, Julai 15, 2009

Steak Daging Lembu dan Kambing

Sebelum keluar jumpa halen dan naiz akak dah keluarkan daging steak ni dari freezer...beli 2 jenis ....1 daging kambing dan 1 lagi daging lembu. .... masa pusing-pusing cari rumah makcik halen yana call..tanya boleh tak perap daging ni...

Oleh sebab kat botol ni dah ada arahan camna nak perap daging ni.... akak suruh aje dia buat...lepas basuh akak suruh asingkan steak daging dan lembu...dia tak dengar kot...di campurkan kedua-dua steak tu...nasib baiklah kat rumah ni tak kisah ...pasal semua makan daging kambing dan lembu.

Ada member blog cadangkan gunakan perencah ni buat steak..akak pun belilah..nak tenguk ada kelainan atau pun tidak.

Bila dah bubuh rempah tu kena masukkan jugak kicap dan minyak zaitun. Sukatan bergantung kepada banyak atau sedikit daging steak. Lepas tu ambil cyling wrapper terus balut dan perap paling sekejap 1 jam. Lagi lama lagi sedap.

Pagi tu kan akak ambil ira di asrama ..masa ambil report kad..dia ada bawak balik kotak ni...nak bagi ayah dia....sempena hari jadi suami akak yang lalu...

Dia bagi hadiah pizza....order dari ibu member dia..

2 keping pulak tu dia beli..macam tau aje kami nak makan cara western petang jumaat lepas. terima kasihlah ira sebab belikan ayah dia hadiah ni ...

Lepas makan nasi goreng...akak lepak...pastu tertidur...dah pesan dengan yana nanti hidupkan arang pukul 5.00 petang...bila akak bangun dia dah mula nak membakar daging tu..biarlah dia buat..akak buat kerja lain.

Buat jugak coleslaw..

Dan mashed potato..kali ni lepas rebus dan lecek ubi kentang tu akak masukkan 1 susu makan mentega, 3-4 sudu makan susu segar, sedikit garam dan daun parsley kering.

Panaskan butter dan masukkan susu dan garam. Bila butter cair padamkan api dan masukkan sedikit daun parsley kering dan curah atas kentang yang telah di lecek. Kacau rata. Lagi sedap rasanya.

Yang ni sup kimball....mula-mula nak buat..tapi tgk bahan-bahan macam tak berbaloilah pulak nak buat...beli ajelah sup kimball dalam tin yang ada cendawan tu.

Nilah makanan malam sebelum bertolak ke jay bee pukul 11.30 malam...kenyang jugak makan macam ni..

Bila ada acara bakar membakar ... akak selalunya beli ikan keli dalam 1 1/2 kilo...kali ni bakar guna lidi..ada member blog ajar...senang sikit rasanya nak pusing-pusing ikan tu..tq daydeck..
lepas tu bungkus masuk dalam freezer...senang nanti bila nak masak lemak...makanan kesukaan kami sekeluarga terutama anak-anak..

17 ulasan:

  1. Lapor le pulak.. sya dulu masa anak2 kecik rajin buat bakar membakar ni.. skrg tak de lelaki nak tolong idupkan api jadi malas dah

    BalasPadam
  2. kak sedap betul menu.anyway kak ,saya nk tanya.kalo fresh pasley kite keringkan nk jd pasley kering bolehkan?jemur cam biasa je la kan?saya ada daun english pasley.satu pek penuh tp jarang masak,skrg daun2 tu dh jadi kuning mcm nk layu dh.cemana ekk??

    BalasPadam
  3. mak aiii byk noi menu tu...rajin ler akak...

    BalasPadam
  4. Wehhhh....Sedapnyer....Ikan keli tuh!!!Next time kalau nak jumpa kak ina terusssss jer serbu umah akak...Boley????hehehehe

    BalasPadam
  5. sedapnyer kambing bakar..cicah lak ngan air lada perggghhh mak mertua lalu, tak toleh dahhh..huhuh

    BalasPadam
  6. senang tak kak ina nak belek2 ikan tuh

    BalasPadam
  7. beshnya kak..makan western..ha..buat sendiri lak..tuh

    BalasPadam
  8. sedapnya, tiada kata yang boleh diungkapkan, sedaaaappp. Eh, bermadah pulak gerau.

    BalasPadam
  9. Semua best2 ni kak Ina... steak tu best, pizza pun best, ikan keli tu laaaagiiii best... nak jugak!

    BalasPadam
  10. sedapnyer kak ina!! buat bbq.. mkn western pun best gak sekali sekala kan..pandai kak ina buat mashed potato tue tp takde lak resepi nyer..kentang ida banyak tu kt dapur rasa nak buat pulak bila nengok yg kak ina buat tu..terliur!! ;p

    BalasPadam
  11. sodap k ina oiii..anak bujang nekpp suke gek ikan keli! bapak budak plaks suka ikang semilang ekeke

    BalasPadam
  12. salam sya..tak org lelaki boleh hidup jugak arang tu..selalunya yana yang nyalakan arang..dia tengah rajin nak bakar membakar.

    salam naddiea...nanti kamu cuba buat mcm akak bagi tau tu ye..nanti klu jadi tenguklah..klu tak jadi buang ajelah walaupun sayang...

    salam ain...kalau sedap cubalah buat..

    BalasPadam
  13. salam aishah..virus R tengah melanda..jadi rajinlah sikit.

    salam reenaz..janganlah serbu..bagilah tau..nanti cuma dapat makan biskut kering aje..

    salam ainasli..tak pernah lagi akak cicah dengan air asam..nanti bolehlah cuba...

    BalasPadam
  14. salam daydeck86..memang senanglah mcm tu..lain kali boleh buat lagi.

    salam atty's...seronok buat sendiri..sebab anak dara akak tengah rajinlah tu.

    salam geraugebang...kalau sedap cubalah buat sendiri ek..

    salam blogresepi...memang tang ikan keli tu yang paling bestkan..

    salam eyida's..dah jumpa kan resepi mashed potato tu..bolehlah buat...

    salam nekPP..alahai rugi tak jumpa kamu kat jaybee....apa nak buat..nanti turun kl bagilah tau ye...ikan keli memang sodapkan..

    BalasPadam
  15. ikan keli salai masak lomak dengan daun pucuk gelugor mmg layan .... meleleh air liur den

    BalasPadam
  16. alahai daydeck...akak tak pernah lagi masak guna daun tulah..ruper daun pun akak tak tahu.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers