OOO

Rabu, Ogos 26, 2009

Ayam Masak Merah Madu

Buat ayam ni untuk buka puasa pun sedap..lebih sedap kalau dapat makan dengan nasi minyak..oleh sebab akak malas nak buat nasi minyak...makan dengan nasi putih ajelah..resepi ni ambil dari rumah hana di jepun dan resepi asal dari lela...minta halal c & p aje ye..


Bahan-Bahan:

-Ayam 500gm (perap dgn garam & kunyit)
-3 sudu besar cili kisar
-6 ulas bawang merah - dikisar
-2 ulas bawang putih - dikisar
-2 sudu besar sos cili
-3 sudu besar madu
-1 sudu kecil serbuk lada hitam
-2 biji lada besar - potong serong
-Air -
hana tmbh halia, serai ketuk serta bawang hiris.akak pulak tambah bunga lawang, bunga cengkih, pelaga dan kayu manis dan bawang besar potong bulat.


Cara-caranya:

1. Ayam digoreng dulu, kemudian alihkan.
2. Tumiskan bunga lawang, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis bersama hirisan bawang besar dan serai sehingga berbau wangi dan masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Kemudian masukkan sos cili dan madu.
4. Masukkan sedikit air, tunggu hingga mendidih.
5. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi bersama-sama lada besar dan lada hitam.
6. Sedia untuk dihidang dan hias bersama daun bawang dan daun sup.


4 ulasan:

  1. Wah mengancam masakan kat rumah akak...tiap2 hari datang mengintai...

    BalasPadam
  2. best nyer
    tapi kalo wekdays mmg
    xsempat nk buat resipi mcm nie
    kena tungu wekend

    BalasPadam
  3. syedapnya kakkkk!!!mcm nk mintak sepinggan je la!

    BalasPadam
  4. salam watie...terima kasihlah dtg mengintai tiap-tiap hari kat rumah akak..nasib baik mengintai makanan..klu mengintai akak mandi...aduhaiiiii


    salam momguess...cubalah buat cuti nanti ye..

    salam ain...nanti masaklah sediri..ainkan pandai memasak...lagipun jauh bebeno nak hantar.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...