OOO

Jumaat, Ogos 14, 2009

Bendi Masak Asam Rebus

Selalu masak asam rebus cara akak......bubuh ikan bilis...tapi bila tenguk resepi chef rozzan...terujalah pulak bila dalam masakan ni dia guna udang kering...huwaaa sedaplah..kalau yang suka sayur keladi bolehlah cuba jugak....akak memang tak makan sayur keladi ni...suami akak suka...nantilah kalau rajin boleh cubala pulak...
Bahan-Bahan
  • 400 gm bendi –dibersihkan
  • - kalau yg kecil, biarkan sebatang2,hanya belah dua memanjang tp jgn putus, kalau besar dibelah dua, menyerong)

Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang cili merah-akak tambah lagi satu batang sebab nak pedas sikit
  • 2-3 sudu besar udang kering
  • sedikit belacan
- kisar semua bahan dgn sedikit air-akak tumbuk tau..barulah ada kick....
  • 3 cawan air
  • secukup air asam pekat
  • garam secukup rasa
  • ½ sudu teh gula (optional)
  • 6 ulas bawang merah (dihiris)
  • sedikit minyak masak

Cara:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama air & air asam. Biarkan mendidih lalu masukkan bendi, garam & gula (optional). Biarkan sehingga bendi layu sebentar lalu matikan api.
2. Kemudian, di sebuah kuali kecil, panaskan minyak dan goreng bawang merah hingga kekuningan. Tuangkan bawang goreng ni bersama minyaknya sekali ke dalam periuk asam rebus tadi. Kacau rata. Siap utk dihidangkan
Yang ni lah asam rebus yang selalu akak masak...akak suka tumbuk...kalau nak resepi leh rujuk kat label ikan....

5 ulasan:

  1. Kita suker bendi ... tapi kita tak suker masak! Camner tu?

    Precious Weblog 1Malaysia

    BalasPadam
  2. Wsm..Tak salah cik.. jarang je nmpk. Saya pun baru nk berjinak-jinak ni. Org dah lama start blogging sejak tahun 2000, sy pula baru nk start. Anyway mak saya asyik lupa je nk pakai PC. Actually senangkn, cik.. Tapi dia tk berapa minat sgt, cuma pakai internet untuk cari resipi.. 2 pun 3 kali dlm setahun. Nti sy suruh dia gi pat blog cik untuk try resipi.. Sy pun kadang2 suka try2 resipi baru..

    BalasPadam
  3. kak ina...
    masakan kegemaran mak norma ni! Masa kami kecil...memang puas lah makan asam rebus bendi ni. Tapi resipi baru tu...unik...nak kena cuba ni...

    BalasPadam
  4. Sedap ney nampak asam rebus bendi neh kak.. nak tanya akak cikit, mase pantang boleh tak makan bendi dgn ikan bilis? kalo blh, kite nak KIV resipi neh.hehehe

    BalasPadam
  5. saya pulak suka buat kcg panjang asam rebus. pas tu ltk daun kunyit. seddaapppp!!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers