OOO

Rabu, Ogos 19, 2009

Bihun Goreng Lada Hitam

Sebenar akak memang selalu buat bihun goreng camni...tapi resepi agak-agak aje...susah nak sukatan sebenar...nanti korang edjustlah ek...anak-anak kecik suka makan bihun goreng camn i..tak pedas...akak pulak tak pedas tak best..kenalah potong cili hidup...cili api pun boleh..tapi perut akak nanti tak tahan...ashik ke bilik air aje..

Bahan-bahan

  • 1 bungkus bihun (rendam sekejap)
  • 6 ulas bawang putih- tumbuk
  • 100-200gm udang basah-boleh jugak di tukar ke ayam
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam di tumbuk halus
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2-2 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 1 kiub stok ayam
  • sedikit fish cake-di potong kecil
  • sedikit fish ball - di potong 2
  • sedikit taugeh
  • sedikit sawi-dipotong kecil
  • garam secukupnya-kena rasa dulu..kalau takut masin
  • sedikit minyak
Hiasan : sedikit daun sup/daun bawang-dihiris halus
1-2 batang cili hidup-dipotong serong

Cara-cara

1. Tumbuk lada hitam bersama bawang putih hingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumislah bwg putih yang telah ditumbuk tadi.
3. Masukkan sedikit air, kicap pekat, fish ball, fish cake dan sos tiram. Kacau sebati.
4. Masukkan udang bersama sayur sawi dan taugeh.
5. Kacau sebentar dan masukkan bihun yang telah di rendam tadi.
6. Kacau hingga sebati dan rasalah dulu sebelum di padam api..kalau tawar ...masukkan sedikit garam.
7. Angkat dan hiaskan bersama cili dan daun sup/bawang tadi.


Yang ni guna ayamlah pulak...

2 ulasan:

  1. tengah lapo nie kak..tgk mihun ni lagi lapo jadiknya ,.

    BalasPadam
  2. meriahnya bee hun akak ngan segala mcm bhn2. klu saya buat simple aje.hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers