OOO

Selasa, Ogos 11, 2009

Ikan Masak Taucu Pedas Ummi


Selongkar lagi rumah ummi di kuantan.......nak cari resepi taucu..sebenarnya dah lama buat...baru nak tunjuk.....dengan jujur akak bagi tau....akak memang tak pernah masak ikan taucu...bila nak makan suruh mak masak...sekarang nak cuba buat sendiri...takkan nak harapkan mak lagi.
Ummi guna ikan talapia...akak guna ikan kembung. Bestlah bila dah masak lauk taucu ni..sedap ..makan pun bertambah...jomlah cuba buat.

Bahan:-
2 ekor ikan kembung (bersihkan dan gaul garam + serbuk kunyit)
2 sudu besar cili kering yg dikisar
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris halus
1/2 biji capsicum - potong dadu

1 biji cili merah - belah 4

1 biji cili hijau - belah
1 biji tomato - belah 6
1 labu bawang besar - dadu
3 sudu besar taucu

2 sudu besar air asam jawa

1/4 cawan air

1 sudu kecil gula
garam

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan goreng ikan kembung secara deep fry hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak dan tinggal sedikit lebihkurang 4 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau dan masukkan cili kering kisar. Kacau hingga cili naik minyak, masukkan taucu, air asam jawa, gula dan air. Biar mendidih sikit, masukkan capsicum. Letak ikan dan biarkan ikan mesra. Tak perlu garam sebab taucu dah masin pun..(terpulang lah). Masukkan cili merah, cili hijau dan tomato. Gaul rata dan tutup api.

1 ulasan:

  1. salam kak ina....

    bestnyer tgk ikan taucu tu... amy pun x pandai wat masakan ni... since dh ada resepi kak ina tepek kat sini... leh la cuba... hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers