OOO

Sabtu, Ogos 22, 2009

Kek Pisang

Anak jiran depan rumah balik kampung di kelantan..mak dia pun bagi pisang dan buah rambutan...risau tenguk pisang tu tak ada orang yang nak makan...takkan nak buang..buat kek lagi bagus..akak luperlah kat blog mana akak ambil resepi ni..sorrylah tuan punya resepi..

Bahan-bahan

  • 250gm mentega
  • 1 cawan gula castor
  • 3 biji telur gred A
  • 6-7 biji pisang yang masak ranum-kisar
  • 60ml susu segar
  • 100ml plain yogurt
  • 1 3/4 tepung gandum *
  • 1 sudu teh soda bicorbonate* ayak
  • 1 sudu teh baking powder*

Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula castor sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji danpukul sehingga kembang dan sebati.
3. Masukkan pula pisang dan kacau sebati.
4. Masukkan yogurt dan putar perlahan.
5. Kaup balikkan aje tepung yang telah di ayak dan selang selikan dengan susu segar.
6. Masukkan ke dalam loyang yang telah di lenser dengan mentega dan di tabur dengan tepung.
7. Bakar 60 minit dalam suhu 180 C atau sehingga kek masak bergantung kepada oven masing-masing.

post signature

2 ulasan:

  1. kak ina...nak sepiring utk buka posa nanti!!!

    BalasPadam
  2. salam ain...ala nak hantar jauh..buat sendirilah ye..ain kan terror membaking.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers