OOO

Isnin, Ogos 10, 2009

Kerabu Mangga Dan Ayam

Betul tekaan ain...akak buat kerabu mangga tapi campur dengan ayam...ayam lebihan dari ayam penyet tu tak habis...adalah dalam 2 ketul...goreng kejap pastu siat-siat...ikut resepi daging grill tapi akak ubah suaikan...akak pandai aje namakan kerabu mangga dan ayam..suka hati akak aje nak letak nama.

Oleh sebab yang makan cuma akak seorang...akak habiskan makan ni semua...masih terasa kesedapan (puji diri sendirilah nampaknya)...sambil taip ni pun telan air liur...

Bahan-bahan

  • 2 ketul dada ayam-di siat-siat
  • 1 biji mangga - di hiris memanjang
  • 1 biji tomato-dibelah 6
  • 1 biji bawang besar-dihiris memanjang
  • 1 batang daun bawang-dipotong kecil
  • sedikit daun ketumbar-dihiris kecil
  • 1-2 batang cili merah-dipotong serong
  • 4-5 biji cili padi-di hiris serong -atau di ketuk kasar (kalau nak pedas tambah lagi)
  • sedikit serbuk cili kasar

Bahan sos

  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 1/2 - 4 sudu besar jus limau kasturi -bergantung kepada kemasaman
  • sedikit serbuk cili kasar

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan sos ke dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
  2. Masukkan pula ayam dan mangga bersama bahan-bahan yang dah dihiris nipis-nipis tadi dan gaul hingga mesra.
  3. Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin. Masukkan ke dalam peti sejuk.
  4. Sedap di makan sejuk.

9 ulasan:

  1. lama x makan mangga..ok jg buat kerabu..sedap nampak k ina buat...yammm

    BalasPadam
  2. terlioq cheq nengok kerabu mangga nih...

    BalasPadam
  3. sodapnyerrr.. salamm akak ina tewww.. thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg itteww

    BalasPadam
  4. kak ina...
    Sos ikan tu ke yang buat kerabu jadi 'kick'?? Norma ni tak reti guna sos ikan...sbb x tahu fungsi sebenar sos itu...main taram je wat kerabu!!! Terliurnyaaa...

    BalasPadam
  5. kak inaaaaaaaaa...dh terliur dah ni!! dah abis ke..???baru nak mintak sikit..!huhu

    BalasPadam
  6. Kerabu mangga campur ayam!!! mesti sedap neh...

    BalasPadam
  7. salam eriey...cubalah buat..memang sedap bagi tekak akaklah..

    salam daydeck...telan air liur ajelah dulu ye..

    salam yginsaf4..tq jugak sudi msk rumah akak..

    BalasPadam
  8. salam eriey...cubalah buat..memang sedap bagi tekak akaklah..

    salam daydeck...telan air liur ajelah dulu ye..

    salam yginsaf4..tq jugak sudi msk rumah akak..

    BalasPadam
  9. salam nj..agaknya kot..akak pun tak tahulah..dulu memang tak pernah cuba pakai sos ni..skrg dah pandai dah pakai..sebab suka masak lauk thai..

    salam ain..dah lama habis dah..dah msk indahwater..hi..hi

    salam ijan..cuba jangan tak cuba..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers