OOO

Isnin, Ogos 03, 2009

Marble Cheesecake

Resepi asal dari Kak Rinn FP ..chef fofular..tapi akak c & p dari rumah ummi yang rajin masak kalau anak-anak dia balik...memang seronokkan ummi bila kita masak .... cepat aje habis..lagi semangat nak buat dan badan bertambah semangat. Buat kek ni masa yana masih ada...sebenarnya nak menghabiskan cream cheese yang nak expired....trylah buat..memang sedap dan lembut..

Bahan A
  • 180 gm mentega
  • 20 gm serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 120 gm tepung naik sendiri (diayak bersama serbuk koko dan baking powder)
  • 170 gm gula kastor
  • 3 biji telor
Cara Membuat
Griskan loyang 8 cm dengan butter dan alas dengan baking sheet. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telor sebiji demi sebiji, pukul sebati lagi. Masukkan campuran tepung, baking powder dan serbuk koko. Gaul rata dengan spatula dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B


  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara membuat
Pukul cream cheese hingga kembang. Campurkan gula, telor dan esen vanila. Pukul lagi sampai kembang dan sebati.

Cara menyediakan kek
Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Kemudian tuang pula adunan B di atasnya dan ratakan. Tuang pula sebahagian lagi bahan A dan ratakan. Bakar pada suhu 165 deg. celcius selama 50 - 60 minit

4 ulasan:

  1. Salam kak ina..
    sedapnye kek tu diapit oleh cheese..
    kak jgn lupe emailkan detail address tuk seri poskan gift kat akak ye...akak rujuk n3 seri yg Result cube teka tu..

    BalasPadam
  2. sedapnya kak ina...mintak sikit..??

    BalasPadam
  3. wah,sedapnye k.ina...part cheese tgh 2 yg best.hehehe...

    BalasPadam
  4. salam seri..akak dah email..tq anjurkan teka teki tu..

    salam ain...memang sedap ain..nak bagi kamu jauhlah pulak..

    salam cik mar..memang sedap..cubalah..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers