OOO

Selasa, Ogos 25, 2009

Menu Simple Aje

Sekali-sekali masak cara macam ni pun sedap..tukar seleralah pulak...dah pernah tepek resepi..akak tepek lagi sekali ye..

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 2 biji kentang di potong memanjang
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 1/4 camca teh jus asam jawa.
  • 1 biji bawang besar - 1/2 di tumbuk - 1/2 di hiris
  • 5 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • sedikit belacan
  • garam dan minyak secukupnya

Cara-cara

1. Tumbuk sedikit ikan bilis bersama 1/2 biji bawang besar, bawang kecil dan bawang putih bersama belacan. Jangan lumat sangat.
2. Goreng ubi kentang dan toskan..selepas itu goreng pula ikan bilis.
3. Tumis bawang merah yang di hiris sampai garing..baru masukkan bawang yang telah di tumbuk tadi.
4. Setelah itu masukkan pula cili kisar..masukkan sedikit garam dan perlahankan api dan biarkan cili naik minyak.
5. Masukkan garam dan jus asam jawa dan biarkan cili masak sampai kering sedikit.
6. Masukkan pula ikan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng.
7. Biarkan kering dengan api yang perlahan...kacau selalu...kalau tidak hangus pulak nanti.
8. Sebelum di angkat, rasa dulu dan setelah agak kering barulah dipadamkan api.
9. Hidangkan bersama nasi panas.

Buat pulak sup cendawan suhun dan udang..

Goreng ikan sungai beli kat pasar pagi greenwood....orang yang jual tu dari perak...goreng garing-garing..

15 ulasan:

  1. k.ina...cantiknya bekas sambal ikan bilis tu! kalau dah bekasnya cantik, mesti rasa sambal tu pun bertambah2 sedapnya ye....

    BalasPadam
  2. sedapnya kak ina...meleleh air liur iza niii....hehe.mkn cam nii pun selera tau...maunya tambah 2 kli...hehe

    BalasPadam
  3. akak...saya selalu juga singgah rumah akak nih.. maklumla sini byk homemade resepi! cuma tak tinggal komen je..
    sekarang ni, kena selalu jenguk nih! nak cari resepi buka pose! hehhehe... harap di ijinkan yek! tq

    BalasPadam
  4. Kak Ina,
    yang menu sambil bilis tu, kalau guna cili kering, dikisar kering sendiri boleh?

    BalasPadam
  5. akak...

    sedapnya ikan bilis masak kentang tu.
    ada masa nanti eedany cuba k.

    mesti emak eedany bangga, sekali-sekala eedany masak hehe...

    p/s : sekejap2 eedany masuk ajer blog akak ni. nak tengok2 resepi. TQ for sharing akak...

    :)

    BalasPadam
  6. tima kacih...
    salam ramadhan juga buat akak...

    BalasPadam
  7. menu simple2 mcm ni lah yg sedap kak. perfect combination!!!

    BalasPadam
  8. Tengah fikir nak masak apa .. bukak blog ni terus ada idea.. tq

    BalasPadam
  9. tergugat iman tgk makanan nie...
    akak bleh tolong buatkan boboiz tak...?
    hehehe

    BalasPadam
  10. salam ramadhan al mubarak kak ina

    masak sambal berlada yang macam mana
    yang iaju ker yang merah
    kalau yang merah tuh blender kasar jer. blender banyak air pastu tapis buang air jer.

    BalasPadam
  11. simple mcm ni? aduhhh, tgk pun dh terliur...nyum2

    BalasPadam
  12. salam kak ina... apa kabor? Ikan sungai goreng tuh mengancam betul lah kak ina... ade plk sambal bilis kentang..huhuh..bertambah2 nasik bukak pose..

    BalasPadam
  13. salam azita..yelah tu..klu bekas lawa aje mesti lauk sedap...mungkin betul jugak kot...


    salam isha..alahai isha..lauk camna pun kamu kata sedap..lauk org kg ajelah..

    salam kella...ambil ajelah resepi tu..kan kita nak share resepi..

    BalasPadam
  14. salam ashley..kamu cubalah buat dulu..kalau jadi bagilah feedback..


    salam eedany..ala resepi simple..nanti dah buat bagitau ye..

    salam ain..sekali-sekali masak simple udahlah..

    salam sya..ina pun kalau buntu nak masak msk aje blog member cyber..insyallah dapatlah idea nanti.

    BalasPadam
  15. salam boboz..jauhlah nak bagi kamu..cubalah buat sendiri ye..


    salam dd..oh mcm tu ye...tq bagi reply..

    salam perkenalan hafiz..kdg-kdg msk camni lagi bertambah makan kan..


    salam ijan..bukan senang nak cari ikan sungai yang fresh..org yang jual tu bukan selalu ada..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers