OOO

Rabu, September 16, 2009

Beraini Kambing

Buat lagi beraini daging resepi dari Puan Hanieliza di Terengganu...kali ni akak gunakan daging kambing..lawan makan nasi minyak ah mat gebu...adusss kembang semangkuk sebab anak puji sedap..

Bahan-bahan
  • 1 kg daging-akak gunakan daging kambing-lumur dulu dengan tepung gandum dan biarkan sebentar dalam 15 minit barulah di basuh bersih-nak buang bau hamis
  • 4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
  • 1 cawan yogurt-akak gunakan susu cair pastu perah jus limau kasturi dalam 3 biji dan biarkan 1/2 jam...malas nak gi beli.
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 3 biji kentang potong kecil]
  • 2 biji tomato buah [belah 4]
  • 3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 2 cawan air]
  • 3 biji cili merah-di belah 2
  • 2 biji cili hijau-tak letak
  • 2 labu bawang besar [belah 4]
  • 1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
  • 2 biji ubi kentang-akak tambah
  • garam
Bahan tumbuk 
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
Bahan tumis 
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • minyak-akak gunakan mentega campur minyak jagung
Cara

1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.

3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.

4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin dengan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.

5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.

6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.

7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.


 Untuk sahur pun makan yang ni jugak..cuma daging tinggal sikit ajelah...
 Pastu goreng papadum...cukuplah  2 benda nak makan masa puasa ni...tak masak banyak ..takut membazir.. 

3 ulasan:

  1. aduhhh..tengok gambar pun dh tau kesedapannya cam ne. sesuai beno ler makan ngan ns myk cik mat gebu tu!hihi

    BalasPadam
  2. kambing? oooh tidek..semenjak acik pitam pas makan daging kambing dolu..acik tk bani usik2 makanan berunsurkan kambeng ini..hehe..

    tpi...cam syedap je kan...huhu

    selamat hari raya buat kak ina dan kuarge...

    BalasPadam
  3. salam....selamat hari raya maaf zahir dan batin....semoga selamat beraya dikampung...balik

    kg sapa tahun nih...
    best3...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers