OOO

Isnin, September 28, 2009

Nasi Halia


Buat nasi halia ni masa minggu terakhir puasa..masa tu anak-anak balik..jadi jamulah makan sedap sikit..resepi akak c & p dari umah chef ah mat gebu...terima kasih cik mat...bagus tau makan nasi yang ada halia..boleh buang angin dalam badan..


BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toska
1 liter air
3 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih, cincang
1 1/2 inci halia, dihiris nipis
1 kiub ayam "Maggi"
1/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan beras dan goreng sekejap beras tadi bersama bahan2 tumis.
  2. Alihkan bahan no. 1 ke dalam rice cooker. Hancurkan kiub pati ayam, kacau rata dan tambah sedikit garam, kacau lagi. Masak seperti kita memasak nasi biasa.
  3. Bila dah masak, gaul dengan chop stick, cukup 3 - 4 kali saja dibalik2kan nasi tadi untuk mengelakkan beras patah2. Biar nasi tanak.
  4. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang, jika suka....

 Masih berasap lagi..baru keluar dari periuk..makan apa ek dengan nasi halia ni..besoklah bagi resepi ye...

3 ulasan:

  1. Salam, kak ina kl.
    Moga sentiasa dirahmati Ilahi sekeluarga, hendaknya. Maaf Zahir Batin sekiranya ada kekhilafan sepanjang perkenalan kita di alam siber...

    BalasPadam
  2. salam kak ina...wah nasi halia ni bagus untuk org berpantang & boleh buang angin ni....Selamat Hari Raya...maaf zahir batin kak ina!

    BalasPadam
  3. salam alaikum kak ina.
    kalau dah pandai masak, masak apa pun nampak sedap dan tentunya sedap bila dimakan.
    kali pertama tengok nasi halia.
    mesti bagus untuk buang angin dalam badan ni.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers