OOO

Isnin, September 07, 2009

Roti Nan Again

Buat lagi roti nan...muak pulak makan nasi...bila dah makan roti ni tak yah lagi makan nasi...kenyang sampai ke malam.  Malas nak buat roti canai..sebab berminyak..makan roti nan dengan kurma ayam dan keema daging..akak dah pernah jugak tepek resepi...tak apalah akak tepek lagi sekali.

Bahan-bahan ( 12-15 keping sederhana besar )

  • 750 g tepung gandum
  • 250 g tepung naik sendiri
  • 250ml plain yogurt (low fat pun boleh)akak gunakan susu cair pastu bubuh 2 sudu besar jus limau kasturi..pasal selalu lupa beli yogurt ni..
  • 1 sudu serbuk yeast ( rendam dlm secawan air suam)-akak tambah kepada 1 peket-11 gram dan akak tambah 5 sudu makan air suam.
  • 2 sudu butter (akak gunakan 4 sudu besar minyak zaiton)
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit garam 
  • tambahan---anak-anak letak kepingan cheeselah pulak.
 Cara-cara
  1. Rendam terlebih dulu yis didalam cawan berisi air suam-suam kuku. Tunggu sehingga yis timbul.
  2. Sementara itu, di dalam mangkuk berasingan.... campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula, garam dan mentega lembut/minyak zaiton dan digaul rata.
  3. Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati dan lembut, masukkan air sedikit demi sedikit jika perlu (jika adunan terlalu kering bergantung kepada kualiti tepung)
  4. Uli sehingga agak lembut, dan bulat-bulatkan untuk diperam seketika ( sampai kembang dan gebu)-akak jadikan sebiji doh yang besar dan perap selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda.

5. Canai leper

 dan bakar atas kuali (seeloknya kuali tak melekat-non stick pan) leper tanpa minyak, api kecik, tunggu sampai kembong2 seperti dlm gambar, baru terbalikkan.

Lepas terbalikkan letaklah cheese dan yang ni firdaus tabur dengan serbuk lada hitam (aji shio)

1 ulasan:

  1. ishk..kak ina ni kan..
    pepagi dh kasi org lapar la..
    ada kerentry pasal makanan..
    kais submit entry makan kat KLCC la..
    hehehe...
    sumi dh wat entry tu..
    sila lah layari blog sumi..hehehehe

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...