OOO

Isnin, September 14, 2009

Salmon Butter Lemon

 Dulu masa duduk kat Jakarta selalu masak ikan salmon..sebab murah...kat sana ikan ni ni berlambak...bila balik sini jaranglah pulak nak masak ...dulu akak selalu guna sos yang di bagi member yang kawin dengan orang uk...bakar atau goreng pastu terus tuang sos tu...kat sini tak adalah sos tu..kenalah cari resepi sos..gi ke rumah member yang duduk kat luar negara mereka selalu jugak masak ikan salmon ni..ada satu resepi akak cuba..akak tenguk kat blogresepi yang baru bersalin tu...dak ijan...resepi asal di myresepi.com.oleh sebab tak leh masuk ke myresepi sebab rosak ataupun terlampau ramai yang masuk kenalah akak taip resepi ni...ada satu lagi resepi akak jumpa..jadi akan  campurkan bahan kedua-dua resepi tadi...nak tenguk kelainannya...terima kasihlah tuan punya resepi.


Bahan-bahan
  • 2 ketul ikan salmon
  • 2 sudu makan + 1sudu makan minyak zaiton (2 +1=3 betul tak..tapi akak ikut tulisan kat resepi tu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/s sudu besar jus lemon
  • 4 sudu besar air
  • garam dan lada hitam secukupnya
  • daun bawang/daun parsley
  • sedikit tepung jagung/gandum
akak tambah  
  • 1 ulas bawang putih di cincang 
  • 1 sudu kecil gula perang  
  • 1/2 cawan susu segar 
  • aspargus


Cara-cara

1.  Basuh bersih ikan dan lumur dengan tepung jagung/tepung gandum dan daun parsley.

2.  Panas minyak zaiton 2 sudu besar dan masukkan ikan.
3.  Bila di terbalikkan masukkan lagi 1 sudu besar minyak zaiton dan biarkan ikan masak.
4.  Masuk garam, lada hitam dan keluarkan dari kuali/pan.
5.  Masuk air dalam periuk dan letak sedikit garam dan minyak dan biarkan mendidih.
6.  Padamkan api dan masukkan aspargus .
7.  Biarkan sebentar dan toskan segera.


Untuk Sos
  1. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan susu segar dan jus lemon.
  3. Biarkan mendidih sambil kacau rata.
  4. Masuk garam dan sedikit serbuk lada hitam.
  5. Perlahan api masuk  gula perang dan biarkan merenih lagi.
  6. Masukkan mentega dan kacau sampai mentega larut.
  7. Rasa dahulu barulah di tutup api dan curah kat atas ikan salmon tadi.
  8. Tabur dengan daun bawang/daun parsley sebelum dihidang. 
  9. Letakkan asparagus yang telah di celur tadi.

3 ulasan:

  1. k.inaaaaaaaaaaaa!meleleh air lior aku nihaaa...
    xtaw lak wt dia boleh thn sng eh...
    aku slalu orderje kt cni,sbb xtaw wt..pehni leh ar try mry...hahahah..tenx...

    BalasPadam
  2. kak ina!terliur tengok lauk itu...asparagus dan salmon faveret kuuuuu.nnti nak try lah.hehe ;)

    BalasPadam
  3. kak lina..selain salmon le wt dgn ikan apa lagi ha? makan dgn nasi le ke?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers