OOO

Jumaat, September 04, 2009

Sayur kangkung goreng belacan

post signatureMasak kangkung goreng belacan ni bersama dengan sup mamak....kalau tak pedas tak sedap...kalau pedas sangat pun kena gi ulang alik ke bank...jadi akak gunakan cili hidup aje...ada yang campur dengan cili api...terpulanglah pada diri masing-masing...

Bahan-bahan
  • 1 ikat kangkong
  • 4 batang cili hidup
  • 5 biji bawang putih-ditumbuk
  • 1/2 biji bawang besar-di hiris halus
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu makan kicap manis
  • sedikit ikan bilis-suka hatilah nak letak byk mana
  • sedikit belacan
  • garam dan sedikit minyak


Cara-cara

1.  Bersihkan sayur dan basuh dan rendam dengan air garam.  Bilas dan toskan.

2.  Tumbuk/blender halus bawang putih, cili hidup (akak suka tumbuk) dan belacan..dah lumat baru dimasukkan ikan bilis...jangan tumbuk lumat sangat ikan bilis tu.
3.  Hiris bawang merah dan panaskan minyak.
4.  Tumis dulu bawang merah hingga layu dan berbau wangi barulah dimasukkan bahan yang di tumbuk.
5.  Perlahankan api dan biarkan sampai terbit minyak ...barulah di masukkan garam, sos tiram dan kicap manis.
6.  Kacau lagi dan masukkan kangkung tadi dan gaul hingga sebati. 
7.  Sedap di makan panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers