OOO

Khamis, Oktober 29, 2009

Crispy Fish With Apricot Sauce


Tentu boring agaknya bila akak ashik masak masam manis atau ikan tiga rasa..kalau camtu..apa kata kita cuba pulak kali ni cuba pulak resepi ikan masak macamni...akak ambil resepi dari umah chef ah mat gebu....resepi ni chef dan novelis Nor Zailina Nordin yang bagi idea kat encik mat tu...bila ah mat dah kata sedap..maknanya memang sedaplah....tapi betullah kata cik mat..kena makan panas-panas..barulah terasa kesedapannya..terima kasih Norz dan Ah Mat Gebu sebab sudi share resepi yang best ni...macam biasa yer mat...akak c & p ajer...minta halal erk..



Bahan Utama:-
  • 1 ekor ikan sebelah atau ikan pilihan sendiri-akak guna ikan dory-akak potong 2
  • 1 biji telur, dikacau sedikit
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • 3/4 cawan tepung beras*
  • 1/4 cawan tepung jagung*(*disatukan)
  • 1 1/2 cawan quaker oat-luper nak letak...tak perasan..
  • Minyak utk goreng terendam


Bahan Sos:-
  • 2 camca besar jem apricot
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1 camca teh cuka
  • 1 inci halia, dititik
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 cawan air
  • 2 camca besar kicap cair
  • 3 helai daun limau purut
  • Sedikit garam dan gula (jika perlu)


Bahan Lain:-
  • 1 biji bawang besar, potong bulat
  • 1 batang leek, dihiris serong-tak letak sebab tak ada stok..akak tukar ke putik jagung
  • 1/2 biji green capsicum, didadu


 Cara membuatnya:-
1.  PENYEDIAAN IKAN:-Ikan sebelah, dibuang sisik, siang (kalau besar potong dua) dan cuci bersih, perap dengan jus limau dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Lap kering ikan dengan paper towel. Lumur ikan dengan garam dan serbuk lada hitam rata. Golekkan ikan tadi dalam telur, kemudian golekkan dengan tepung hingga melekat. Golekkan kembali dalam telur dan akhir sekali golekkan keseluruhan ikan dengan quaker oats hingga semua permukaan ikan bersalut kemas. Goreng dalam minyak panas, kemudian perlahankan api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.

2.  UNTUK SOS:- Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan cili kisar hingga terbit minyak. Masukkan sos cili, jem apricot dan kicap cair. Gaul rata dan masak sebentar. Tuang air dan masukkan cuka, bila mendidih masukkan semua sayur2an, masak hingga sos menjadi pekat sedikit. Rasa dan jika perlu boleh tambah garam dan gula. Matikan api. 
3.  UNTUK CRISPY FISH AND APRICOT SAUCE:- Alih ikan tadi ke dalam pinggan hidang yang sesuai, boleh dialas dgn daun salad jika suka. Kemudian ceduk sos apricot tadi atas ikan bersama sayur2an. Ratakan dan hias ikut suka. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 yang lain....

8 ulasan:

  1. apa tu tepung beras?

    wongjolene.com

    BalasPadam
  2. salam ain..mestilah sedap sebab yang byk resepi chef fofolur..


    hai baby..tq dtg my blog..


    hai kenwooi..it yummys..trylah

    BalasPadam
  3. Sedap kan k.ina..dah penah buat lama dulu..tp terasa2 lg kat tekak..memang sedap sgt!! Sos tu mmg marbeles!!! Ada lg x? (*muka x malu nk ngecek jek..hehe)

    BalasPadam
  4. perghh akak sedapnya..

    http://www.wanmus.com

    BalasPadam
  5. salam kak ina....

    jem aprikot ek.... wokeh nnt kita cuba jaya.... tq kongsi resepi....

    BalasPadam
  6. salam ummi..mana ada lagi..dah masuk indahwater...klu di rekomen dek chef tu..tentulah sedapkan..


    salam mus..salam perkenalan dari akak..terima sudi datang..nanti akak gi jenguk blog kamu yer..


    salam amy..cuba jangan tak cuba..nanti show kat blog kamu ye..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers