OOO

Ahad, Oktober 11, 2009

Daging Grill Pedas

 Dah banyak kali buat daging ni...tapi akak letak resepi lagi sekali ye...memang sedap kalau di ratah begitu sahaja..resepi asal dari rumah puan noor di kt...bila dah siap campur semua akak suka masuk dalam peti sejuk...rasanya lebih kaw rasanya ...

Bahan-bahan
  • 250gm daging batang pinang-akak gunakan daging salai (steak) yang diperap dengan garam dan serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk
Cara-caranya
  1. Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
  2. Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
  3. Hiris daging nipis2 dan ketepikan.
Kali ni malas nak hidupkan arang..akak masukkan dalam oven aje.....bila buat ni teringat dengan yana..salah satu makanan kegemaran dia...

Bahan-bahan sampingan
  1. 5 ulas bawang merah ~ dihiris halus-akak tukar ke 1 biji bawang holland dihiris memanjang
  2. daun pasli/daun saderi ~
  3. daun bawang ~ dihiris-
  4. 1/2 cawan daun pudina ~ dicarik
  5. 2 sudu besar gula
  6. 2 sudu besar sos ikan
  7. 2 1/2 sudu besar air limau nipis-guna air limau kasturi aje
  8. cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris (akak bubuh 3 biji aje)# resipi asal letak serbuk cili kasar
  9. 1 biji cili hidup-akak hiris serong---tak lehlah bubuh cili api banyak-banyak ..perut tak tahan...nanti ashik ke tandas aje...
Cara-cara 
  1. Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
  2. Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis-nipis tadi dan gaul hingga mesra.
  3. Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.
# nak lagi sedap, masak daging yg ada lemak2 skit. Tapi kena ingat guna daging batang pinang aje ya, supaya cepat masak.
 
akak memang suker tabur cili ni sebelum ngappp

5 ulasan:

  1. Salam buat ina...
    Puas saya memikirkan nak masak apa daging dalam peti tu... Kena ikut resepi daging awak tu la... sedap nampaknya. Tenkiu.. tenkiu...
    Kreatif lah awak bab masak memasak ni...

    BalasPadam
  2. k.ina mmg dah jatuh cinta dgn resipi daging grill ni ya.. mmg best kan ratah gitu aje

    BalasPadam
  3. sy ada stok dg pinang!! klu rajin nanti, boleh ler try resipi ni.

    psst...byknya waiting list, masaknya tidak.hehehe

    BalasPadam
  4. sedapnyer...salam kenal sis...hehe

    BalasPadam
  5. salam ibu n abah...cubalah..memang sedap..

    salam nor...memang favourite anak-anaklah nor..terutama ira dan yana..

    salam ain..cuba jangan tak cuba..pastu showlah kat dlm blog kamu..jap lagi akak nak dtg tgk..


    salam posh..memang sedap..cubalah ye..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...