OOO

Jumaat, Oktober 30, 2009

Gulai Umbut Kelapa


Dulu dah pernah dah tepek resepi ni..tapi lama dah...akak tepek lagi sekali...sekarang ni umbut dah mahallah...yelah benda susah nak jumpa...tentulah harga berdentum...suami akak yang suker makan macam ni..kena pulak dengan sambal tumis dan ikan sepat goreng...aduhai...tak tahu nak katalah...

 Bahan-bahan

  • 500 gm umbut kelapa-dipotong tipis
  • 10 ekor udang
    1 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 3 biji bawang besar
  • 1 biji bawang kecil
    sedikit serbuk kunyit
  • garam secukupnya

Cara-cara
1. Bersihkan umbut dan rendam dengan air garam sekejap.Udang juga dibersihkan.
2. Tumbuk bawang merah dan bawang putih.
3. Masukkan bahan di tumbuk bersama santan  cair dan udang.
4. Masak dengan menggunakan api perlahan hingga mendidih.

5. Kemudian masukkan pulak santan pekat dan kacau lagi dan biarkan mendidih lagi dalam 5-10 minit.
6. Masukkan garam dan rasalah dulu sebelum di tutup api.
7. Bolehlah di hidangkan.

12 ulasan:

  1. Kak Ina,
    Saya suka jugak makan umbut ni! Tapi memang susah nak jumpa. Baru-baru ni saya ada jumpa kat Pasar Tani Bandar Baru Bangi, setiap hari Ahad. Kat situ ada, tapi baru dalam 2,3 kali la yang saya nampak. Harganya RM9 sekilo. Dah 2 kali saya beli!

    BalasPadam
  2. salam kak ina...
    sedapnya kak dah meleleh air liur ni..

    BalasPadam
  3. mane lak akak beli umbut ni kak?sy pernah makan sekali kat kenduri kahwin di kampung suami.then terus jatuh cinta.tp itulah sekali makan dan tak merase dah...nampak ni teringin lak...mujur nak ngandung.klu tak harus g gegar umah akak tumpang makan eheheee

    BalasPadam
  4. Kat KL ni mana nak cari umbut kelapa? kalau kat pasar tani tu cuma ada umbut buluh tu...

    BalasPadam
  5. mmg sedap umbut kelapa ni. makan gitu je pun sedap...rangup! kat kampung senang le nak dapat umbut ni...tebang je pokok kelapa yg ada!

    BalasPadam
  6. salam myza..memanglah mahal..tapi tekak nak makan..belilah jugak..


    hai kenwooi..tq aaa tgk-tgk saya masak apa..


    salam azlina..alahai masakan cara kampung ajer..takkan meleleh air liur..

    BalasPadam
  7. salam fiza...kalau kat pasar tani taman melawati ada jual..tapi jauhlah pulak kamu nak gi..nasib baik tak mengandung..kalau idak akak kenalah hantar semangkuk..takut baby dlm perut tu keluar air liur.

    salam queen jah..adalah..akak selalu jumpa kat pasar tani taman melawati..tempat lain tak tahulah..

    salam azita...memanglah susah kat kay ell ni..semua nak kena beli..kalau kat kg jangan cakaplah..semua free..janji rajin cucuk tanam.

    BalasPadam
  8. salam gerau..best memang best..

    BalasPadam
  9. Kat mana jual ekk umbut kelapa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak selalu beli kat pasar tani taman melawati kumak

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers