OOO

Ahad, Oktober 25, 2009

Ikan Siakap Masak Masam Manis

 Aduhai meroyan sungguh dibuatnya sejak hari jumaat lagi...geramlah sebab cpu tak nak hidup...kenalah keluarkan duit dulu baru boleh hidup balik pc ni...dahlah gaji lambat lagi kecuali orang kerja gomen.....apa nak buat orang pun selalu gak kena sakit..sekali-kali pc pun nak sakit jugak...akak rindu nak berblog...ada ke yang rindu dengan akak (perasan)...

Kali ni buat ikan masak stail jun http://yummylicious-jun.blogspot.com/
...cubalah ek..

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung.(akak gunakan ikan siakap-dikepakkan)
  • 3 biji bawang merah-ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 1 in halia-dihiris panjang2
  • 1 biji tomato-dipotong dadu
  • 1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu
  • 1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 lobak merah-dipotong dadu
  • 1/3 timun-dipotong dadu-tak letak tapi tukar ke putik jagung, bawang besar potong bulat dan cili merah
  • sedikit bunga kobis
  • sedikit nenas-dipotong dadu
  • sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
  1. Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.
  2. Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
  4. Biar mendidih, masukkan garam dan gula.
  5. Curahkan atas ikan yang telah di goreng tadi.

5 ulasan:

  1. sape kata tak rindu kak? tertanya-tanya juga mana akak menghilang, selalunya tiap hari ade je update.

    akak, akak masak siakap ke bawal kak? kat resepi cakap bawal, hehe. ni mesti kes copy & paste ni.

    tapi, lauk akak tu buat kakchik lapar je... dah la tak makan tengahari ni.

    BalasPadam
  2. Kak Inakl,
    Samalah kita hari ni!Akak maasak siakap sweet sour! Saya buat siakap bakar, cicah air asam! Anak-anak kat umah ni dah jemu makan sweet sour, sbb sebelum2 ni selalu masak bawal sweet sour!

    BalasPadam
  3. Uish! Telan air liur jap! Love kurang masak ikan, but like it if someone else cooks it! hehehe ;)

    BalasPadam
  4. Kak Ina, lama x merasa siakap masam manis camtu..Ada lg tak? Nk tumpang sekaki..hehe

    BalasPadam
  5. salam kakchik..ye ker rindukan akak..amboi bestlah kak chik ni..walaupun pernah bertentang mata sekali ajer..kak chik memang bestlah..

    kan akak ada tulis ikan siakap tu..kamu tak perasan ker..lapo ker..kena gi kedai makanlah nampaknya..

    salam myza...kebetulan kan..sekali sekali tukarlah menu ker ikan bakar..tentu sedap..


    hai love..oker..lah cam tu..tak suker makan tak apa..janji suker tenguk..


    salam ummi..nak sikit..jomlah datang umah..dah lama ek ummi tak turun ke kl

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers