OOO

Isnin, Oktober 05, 2009

Kek Marble Susu


 Buat kek ni hari jumaat lepas...bawak ke umah kakak ipar di kelang...ambil resepi dari rumah Rinnchan tapi sumber dari Chef Norzailina Nordin ...akak dah pernah buat kek ni dulu..masa tu akak tak ada blog lagi..


Bahan-bahan :


  • 250gm butter
  • 230gm gula caster
  • 2 camca teh ovalette
  • 4 biji telur
  • 270gm superfine flour
  • 1 camca teh baking powder
  • 60gm susu pekat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 camca teh chocolate emulco
Cara-cara :

1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.

6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.  


Satu bahagian dibiar begitu sahaja

 
satu bahagian dicampurkan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.  
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak. 

  8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara

dua adunan sehingga habis. 

9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.

 Sesudah di potong-potong buat makan.. 

3 ulasan:

  1. lama nak try kek marble. sampai la ni lum terlaksana. hmmm..bila lah nk dtg xtra rajin ni.hehe

    BalasPadam
  2. salam ain..bukan susah nak buat kek ni..cuma rajin tak rajin aje ain..

    BalasPadam
  3. cedapnyer kak ina... seb baik dah bersalin.. kalu blum nak ajer soh akak buatkan satu utk zaza.. hehe.. melampau kan??? hehe.. akak sehat ker?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers