OOO

Jumaat, Oktober 09, 2009

Resepi Biskut Crunchy Coklat Chip hilang lah pulak ...terpaksa tepek lagi sekali..

Tadi ada member cyber tanya kenapa resepi biskut coklat chips  yang akak buat kali kedua hilang tak ada dalam blog ni..akak pun cari balik..memang tak ada..alamak...mungkin akak terdelete kot...aduhai..sayangnya..gambar dalam fail pun dah di delete..tapi tak apalah alqasam..dua-dua resepi sedap...akak tepek lagi sekali resepi tu ye..rasanya akak ambil dari blog ummi.
Resepi asal dari rumah mamafami tapi akak c & p dari blog Puan Ummi di Kuantan yang baru dapat hadiah birthday BM...akak jugak yang belum dapat lagi benda tu...

Bahan A:-
  • 125 gm butter
  • 125 gm marjerin (*ummi guna sume butter)
  • 1 sudu besar shortening
  • 160 gm gula halus
  • 1 biji kuning telor
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:-
  • 230 gm tepung gandum ) ayak
  • 20 gm serbuk koko ) bersama
  • 100 gm chocolate chips
  • 50 gm white chocolate chips (boleh gantikan dengan chocolate rice)
  • 50 gm badam cincang (roasted)
  • 50 gm nestum (*ummi ganti dgn cornflakes..)

Cara Membuat:-
  • Pukul butter, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.
  • Masukkan kuning telor dan esen vanila. Gaul rata.
  • Masukkan bahan B perlahan-lahan dan kacau dengan senduk kayu/spatula.
  • Sudukan adunan kecil2 (besar guli) dalam loyang (adunan akan mengembang sedikit ketika membakar).
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.


    Nota..ada tak sesiapa tahu camna nak cari balik gambar dan resepi yang hilang tu...



3 ulasan:

  1. Askum kak. Terima kasih banyak2.Susah-susah sahaja.

    Saya cuba cache banyak kali tadi. Tapi takda. Biasanya boleh untuk tengok benda dalam internet yang dah didelate.

    BalasPadam
  2. x pe lah kak...x de gambo, ada resipi..dh baik tu!!! boleh cuba!!

    BalasPadam
  3. salam alqasam..akak dah check ..memang tak ada...sayang gambar tak ada..


    salam ain..cubalah ain..anak-anak akak memang suker..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...