OOO

Isnin, Oktober 26, 2009

Shepard Pies

 Aduhhhh..geram sungguh dengan cpu ni ... dah keluar duit beratus pun masih buat hal lagi...kesian firdaus kena gi hantar balik ke kedai komputer..akak pulak bingung tak leh update....bukan teruk pun problem cpu ni ..cuma power supply yang buat hal...


Bila jejalan kat umah suzi kat australia tu akak tertarik nak cuba resepi shepard pie ni..memang tak pernah buat lagi..tekak orang melayu nak cubalah pulak jadi tekak omputih..akak masukkan dalam ramekin..senang sikit nak makan....kalau nak senang gunakan beg aising dan picitkan ke dalam ramekin...tapi kalau nak gunakan sudu pun boleh jugak..
Suzi ambil  resepi dr Tirana....Tq Tirana berkongsi resepi...

Bahan-bahan A

  • 400 gm minced meat
  • 1 batang carrot (big size) - diparut kasar
  • 1 labu bawang besar (medium size) - dipotong dadu
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos worchestershire
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • sedikit minyak
Bahan-bahan B
  • 4 biji ubi kentang(medium size) - direbus sampai empuk
  • 2 sudu besar butter
  • 150ml susu
  • sedikit lada sulah
  • 1 biji kuning telur - dipukul sedikit-akak tukar guna slice cheese di potong kecil

Cara membuatnya (Bahan A)
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar.
  2. Bila bawang telah layu, masukkan minced meat. Kacau sebentar hingga daging masak.
  3. Masukkan carrot. Kacau lagi.
  4. Masukkan sos tomato, kicap dan sos worcestershire. Kacau rata.
  5. Rasa garam. Kalau kurang masin, tambah sedikit garam.
  6. Taburkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Tutup api dan ketepikan.
 Cara Membuatnya (Bahan B)
  1. Panaskan susu dan mentega dalam satu bekas. Jangan sampai mendidih, cukup setakat mentega cair saja.
  2. Ubi kentang yang telah direbus, buang kulit dan dilenyekkan. Kalau nak mudah guna hand mixer.
  3. Masukkan campuran susu dan mentega ke dalam mashed potato tadi dan guna mixer untuk sebatikan semua bahan.
  4. Masukkan sedikit lada sulah dan sedikit garam. Kalau lagi.
  5. Masukkan campuran daging yang telah dimasak tadi ke dalam bekas kaca yang leper(lebihkurang 6'' x 6'') dan tahan panas (oven proof). Ratakan dan mampatkan sedikit.
  6. Kemudian tuangkan campuran ubi kentang ke atas lapisan daging tadi dan ratakan. Sekarang kita ada dua lapisan iaitu lapisan daging di bahagian bawah dan lapisan kentang di bahagian atas.
  7. Sapukan kuning telur di atas lapisan kentang.
  8. Bakarkan dalam oven dengan kepanasan 170 darjah celcius selama 30 - 40 minutes.
  9. Bila masak, bahagian lapisan atas kelihatan kekuningan.

 Memang sedap...suami akak pun suker...lain kali boleh buat lagi..akak pun suker jugak..

5 ulasan:

  1. salam kak ina...alahai bilalah ima nak rajin macam akak ni...laju je masak...sedap2 pulak tu...

    BalasPadam
  2. salam ima..akak ni macam kamu jugak..ada masa malas ..ada masa rajin..

    BalasPadam
  3. nyum..nyum...terliur sungguh tau...

    BalasPadam
  4. wow...sedapnye kak. rajin tol p jumpa member blog. bila nak jumpa ila ni kak?.. ajak la ila n geng lesbo ila ke rumah..makan2 masakan akak yg sedap tu.. :)

    BalasPadam
  5. salam kamsiah..kamu pun masak best-best jugak..

    salam ila..huwaaa..nak panggil member kamu..pengsanlah akak dibuatnya..klu masak untuk kamu dengan ai tu bolehlah..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers