OOO

Jumaat, November 06, 2009

Ikan Taucho Mat Gebu Style


Bila tenguk balik N3 tadi akak pun gelak....ni semua pasal my managerlah...dia nak sangat hadiah tu...tapi dah kata kat dia...kalau ada reeki adalah...kalau tak ado nak buat camnor kan....semuga akak berjaya dan dapatlah Firdaus hadiah tu...doakan ajerlah ye...kalau idak tak ingin akak pakai cam tu...tapi bila dikenangkan segala jasa dia tolong akak pasal blog ni....akak merelakan diri akak di tertawakan oleh orang...sabor ajerlah..


Kali akak buat ikan taucho ikut versi ah mat gebu...tapi akak tak bubuh belacan...suami akak ada penyakit kencing manis..jadi kena kurangkan penggunaan belacan...sebab tu stok belacan tak habis-habis sekarang ni..kalau masak sambal tumis atau sambal goreng pun akak curi-curi bubuh secubit ajer..sape tak sayang suami kan....nanti apa-apa jadi payahlah pulak...terima mat...akak c&p ajerlah ...


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 5 - 6 ekor ikan gelama (atau apa2 ikan yang digemari)-akak guna ikan parang
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1/2 inci halia, diketuk
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 1/2 camca besar taucho
  • 1/2 inci belacan + 1/2 cawan air, ramas hingga sebati
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula jika perlu


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siang ikan, cuci bersih, kelar2 dan lumur dengan kunyit dan sedikit garam, gaul rata dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggal kan dalam 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga harum, masukkan belacan + air, sos tiram dan juga taucho. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga sedikit gula. Masak perlahan hingga kuah pekat sedikit, rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan segera.

Ni buat sarapan hari minggu lepas...bila dah habis makan baru teringat nak ambil gambar..ni gambar mangkuk imran...dia ni tak suker sayur....suker makan yee mee ajer.
˙˙˙ɐʎuʇɐnq ıp uɐsƃuǝɟ nnnnnɐʞ ɐɥ˙˙˙ɹɹɹɹɐ ɹǝqnɔ ʞɐu
 baca tak..akak cuba buat macam ni...ambil dari blog http://maribinablog.blogspot.com/2009..kalau nak try..gilah ke blog dia..

3 ulasan:

  1. alahai kak...mee sizzling my pebret tu..*sambil telan air liur*..hehehe

    BalasPadam
  2. salam.selamat berkenalan.even though baru kenal tapi kak t rasa mcm dah lama mesra,sbb dah brtahun kak t dok masuk blog ina kalau free.dah brtahun mnjadi silent reader ina...

    tq 4 bagi semangat pd kak t.panggil je akak,kak t, sbb kak t rasa kak t lebih tua dari ina...tapi masih muda d hati hehehe.....ni dok tgh tunggu ina update ...

    BalasPadam
  3. salam kaka ina,

    ikan taucu rasanya kakchik pernah makan masa dok di perak dulu tapi sejak balik kelantan ni dah berbelas tahun tak makan. nak buat tu fikir banyak kali sebab ahli keluarga yg cerewet kalau lauk ikan ni.
    tapi sizzling yee mee tu rasanya semua org pun suka, nampak sedap tu

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...