OOO

Jumaat, November 20, 2009

Nasi Ayam Lada Hitam


Akak masak nasi ayam hari Ahad lepas...ambil resepi nasi ayam madu...tapi bila dah siap rebus ayam..akak perapkan dengan sos lada hitam pulak...brand life...jadilah nasi ayam lada hitam...kalau letak benda lain..jadilah nama lain......sedap gak...resepi asal dari member Myresepi tapi akak ambik dari umah Puan Ummi...akak kenakan gandakan sekali lipat sebab anak-anak ada umah...
Bahan:-
  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 1 helai daun pandan
  • 2 kiub ayam (*ummi letak 1 sudu besar stok ayam-akak pun letak 1 ajer
  • 1 sup bunjut Adabi
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • Air secukupnya
  • sedikit garam
  • 3 batang serai - dititik (*ummi saja tambah ni)
Bahan Perap Ayam:-
Sos lada hitam jenama life


Bahan Tumis:-
  • 3 sudu besar mentega
  • 1/2 cm halia - tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  •  
  • Bahan Sampingan:-
  • Bawang goreng
  • Daun bawang - hiris halus
  • Daun sup - hiris halus
  • Daun salad/timun/tomato
Cara Membuat:-
Bersihkan ayam dan potong ikut suka (akak potong 4 bahagian aje). Panaskan butter dan tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masukkan sedikit garam dan biarkan hingga ayam masak. 
Keluarkan ayam dan letak dalam mangkuk besar dan masukkan sos lada hitam dan garam dan gaul rata. Perapkan lebihkurang 1 jam. Goreng dengan minyak penuh, balik2kan biar ayam kekuningan gelap sikit, angkat.


Sementara itu, bersihkan beras dan masukkan dalam periuk, ambil 2 cawan sup ayam tadi dan tuangkan dalam periuk. Masukkan daun pandan, serai, bawang dan sedikit garam. Masaklah nasi seperti biasa.


Untuk sos kicap  
mayang 2 biji bawang putih, tumiskan hingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi.
Untuk sos lada - 
Blend 1 biji tomato, 2 biji cili hidup, 1 cawan sup ayam, garam, sedikit gula dan sedikit sos cili. (*Boleh juga tambah 1 sudu kecil cuka makan) Selepas blend tuangkan dalam bekas dan letak bawang putih yang diketuk sikit.
Sos akak tak buat....akak malas....akak cuma gunakan sos cili dan letak air panas...kacau..senang kan...dasar pemalas..

2 ulasan:

  1. salam.. kak dah lama x singgah sini...wah npk sedap nyer..pandai akak perbagai2 kan..kalo letak lada hitam mmg sedap ada rasa
    pedas2..mmg terangkat lah kalo mkn...nanti nak try buat lah..

    BalasPadam
  2. salam mala..lama tak datang ek...sekali-sekali ubah selera..cubalah jangan tak cuber yer..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...