OOO

Ahad, November 15, 2009

Nasi Beriani Udang


Buat beriani udang ni hari Rabu lepas...ikut resepi pakai beras basmati...tapi akak pakai beras wangi..sebab malas nak gi giant...kalau gi giant kan..nak beli satu barang tapi tak sedar diri ambil barang lain pulak..dari budget RM50.00 terus ke RM100..larilah budget...Resepi ambil dari umah Mat Gebu tapi resepi asal dari umah Puan Liza...sebab rasa tercabar bila Ah Mat Gebu bila dia tulis
..Anda berani cuba? C & P dari umah encik mat ajerlah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
8 - 10 ekor udang saiz besar, dibersihkan (akak guna udang sederhana besar ajer)
1/2 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*digaul rata)
3 tangkai daun ketumbar-tukar ke daun sup..daun ketumbar tak jumpa-sebab mahal
750 ml air
250 ml susu cair
1/2 cawan lobak merah yang didadu
1 camca besar minyak masak
3 camca besar minyak sapi
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa dan secubit gula


BAHAN TUMIS :-)
2 biji bawang merah, dihiris
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihirs
2 cm halia, dititik
1 kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 camca besar rempah beriani (mat tak letak, akak letak)


BAHAN LAIN :-)
1/3 cawan kismis, goreng sedikit-tak letak
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng


 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun padan, tumis hingga harum dan bawang layu. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang, gaul rata dan goreng udang hingga kemerahan.
  2. Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan beras dan rempah ke dalam rice cooker, tuang air dan susu cair. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata.
  3. Masak nasi seperti biasa. Bila kering, tabur kismis dan sedikit bawang goreng. Biar nasi tanak betul2. Gemburkan, tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar. Nak makan dengan dalca pun ok....

4 ulasan:

  1. sedapnya kak Ina. sy baru nak goreng udang n. goreng gitu je la. makan sorang je kan.

    BalasPadam
  2. kak ina, sedap ke beriani udang tu...nampak cam sedap je tu.

    BalasPadam
  3. jarang jumpa nasi beriani berintikan udang.. he he.. saya suka kambing..

    BalasPadam
  4. Salam. Dah lama tak singgah umah akak ni. apa kabor? amboi akak, hari-hari makan beryani.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers