OOO

Rabu, November 18, 2009

Nyonya Sambal Sotong


 Bila Mat Gebu kata masak ni tak pedas...walaupun merah sangat mak ngah..akak buatlah...emmmm..boleh tahan...resepi ambil dari umah dialah...terima kasih mat..akak c & p aje ye..



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 g sotong, siang, cuci bersih dan toskan-akak tak potong..
  • 5 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 helai daun limau purut
  • 10 biji cili merah, ditumbuk halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 8 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 cm lengkuas*
  • 1 inci belacan, dibakar*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 2 biji buah keras*(*ditumbuk halus)
  • Sedikit air jika perlu


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalan kuali, panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus, serai dan daun limau purut hingga harum, masukkan cili tumbuk dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan sotong, gaul rata dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sotong kecut dan kuah pekat. Tuang jus limau kasturi, gaul rata dan rasa. Jika perlu tambah sedikit gula untuk mengimbangkan rasa masam.
  3. Masak dengan api perlahan selama 2 - 3 minit lagi. Angkat dan boleh hidangkan. Jangan masak lama2 nanti sotong liat macam selipar jepunn!!!....

 Selalunya buat bihun sup ni hari cuti....buat sarapan..kalau sape nak resepi...rujuk kat label mee ye..

7 ulasan:

  1. Kak Ina nak bihun sepinggan..letak sambal sotong tu sekali bole?
    Ni mesti asyik dok kat tepi tingkap Cik mat ni..tu yg sotong tu minta Akak masak cam tu!!

    BalasPadam
  2. Sedapnya hidangan Kak Ina. Tengok pulak masak tengah-tengahari buta ni.. aduhai, berkeroncong untuk mama la perut ni!

    BalasPadam
  3. bestnya sambal sotong tuuu!!! dh terliur dah ni.

    BalasPadam
  4. ct memang suka lauk2 sotong ni k.ina. kalau sedap nanti nak borong sotong nak masak macam tu hehehehe

    BalasPadam
  5. nasib lah peyut atty dah kenyang k.ina..kalo tak mau nangis ngk gambar tu

    BalasPadam
  6. salam watie..mehlah turun ke kay ell..barulah dapat rasa bihun akak ni..memang selalu gi ke umah cik mat tu..sebab resepi dia yang mengancamlah anak tekak..


    salam mamafami..sedap ker..camtu kenalah cuba ek..


    salam ain...anak dah balik lehlah cuba buat sambal sotong tu..

    BalasPadam
  7. salam ct delima..nanti kalau dah buat lauk ni..jemputlah akak datang kat umah ek..nak rasa..



    salam atty's..alahai kesiannya kamu ni..takkanlah nangis tgk gambar..nanti kamu cubalah buat yer..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers