OOO

Selasa, November 24, 2009

Pizza budget dan sempoi-SOFT CRUST PIZZA


 Lama rasanya tak  buat dan  makan pizza..kali ni  panggil pizza budget sebab buat tengah bulan...guna bahan-bahan simple ajer..tapi rasa...sedap...memang sekarang ni akak kalau buat pizza memang guna doh ni ajer..kat umah ni buat 3 keping pun tak cukup...semua hantu pizza...
BAHAN-BAHAN

  • 250 g tepung roti (high protein flour) - akak buat 2 kali ganda
  • 130 ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar gula  
  • 1 camca teh yis (instant yeast) 
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca besar lemak sayur (shortening)-dah habis..akak gunakan butter lembut ajer
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus  
  • 1 camca teh oregano kering
CARA-CARA
1. Ayak tepung dalam satu bekas.
2. Satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih.
3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.

4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh.
(uli pakai tangan ajer)
5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.

6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.

7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.

KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan 
dan biar hingga siap.

 Nak sedap kenalah rajin masak sos dia...kalau malas letak ajer cili sos.  Akak suker kalau masak sendiri sos topping pizza ni..puas hati bila anak-anak kata sedap..

BAHAN-BAHAN

  • 250gm daging  yang telah dikisar
  • 1 biji tomato (kisar halus)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 biji bawang putih-(potong dadu)
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan pes tomato
  • 1 /2 sudu teh mixed herb
  • 1/2  sudu teh pizza herb
  • 1/2  sudu teh paprika
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaiton 
Cara-cara   
1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan tomato yang telah dikisar dan juga daging. 
3. Biarkan seketika sehingga daging masak dan berair. 
4. Masukkan pes tomato, sos tomato, sos cili, mixed herb, pizza herb dan garam. 
5.  Biarkan sos pekat sedikit..rasa dulu dan  barulah di tutup api. Sejukkan.  


 
 TOPPING

  • sedikit minyak zaiton-minyak masak pun boleh
  • cili benggala-dihiris memanjang
  • 1 biji bawang holland-dihiris bulat
  • 15 batang hotdog ayam ramly-dihiris serong (sukerhatilah ek nak letak banyak mana)
  • sedikit serbuk lada hitam-aji shio
  • mozarella cheese secukupnya
  • sos cili campur mayonis-di tuang lepas pizza dikeluarkan dari oven.

     CARA-CARA
    1. Keluarkan doh dan uli sekali lagi. Tumbuk doh untuk buang angin.
    2. Canaikan doh dan letak di dalam pan pizza yang telah di sapu dengan minyak zaiton. Gulung tepi doh ke dalam.
    3. Biarkan 10 minit . Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.

    4. Ratakan sos daging dan letak  hotdog ayam.  
    5. Letak pula  cili benggala dan taburkan  mozarella cheese.
    6. Bakar dalam oven 200C dan bakar selama 20-30 minit bergantung kepada oven masing-masing.

    3 ulasan:

    1. kak ina, menu kat rumah saye semlm pun pizza. bdk2 bile cuti sekolah ni kejenyer nak makan je. menu mcm2.

      BalasPadam
    2. lama x jengah blog akak nih...nyam nyam pizza yummy!

      BalasPadam
    3. salam siti..memang betul..ashik lapo ajer ..sabar ajerlah..


      salam ina hashim..bzzzz ek..tak apalah jrg-jrg..jgn luper terus udahlah..terima kasihlah datang ek..

      BalasPadam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Google+ Followers