OOO

Isnin, November 16, 2009

Rendang Udang


Bila masak nasi beriani udang..kenalah ada lauk dia kan....akak masak rendang udang...selalunya orang masak rendang ayam atau daging..kali ni kita masak rendanglah pulak ..resepi asal dari  Fida Myresepi tapi akak ambil dari umah Love2cook..terima kasih pada penyumbang resepi.

  Bahan-bahannya
  • 1 kilo udang harimau - bersihkan dan toskan (akak gunakan udang sederhana jer, buang kulit, gaul ngan sedikit garam dan digoreng terlebih dahulu)
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 biji bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 2 hiris halia *
  • 4 sb serbuk rempah kari
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 lembar daun kari - dipetik2
  • 1 cawan santan - drpd 1/2 biji kelapa
  • 3 sb penuh kerisik
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 kpg asam gelugur atau sedikit air asam jawa
  • minyak utk menumis

Cara-cara:-

  1. Kisar bahan2 yg bertanda * dan campurkan cili kisar dan rempah kari.
  2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan campuran bahan kisar, serai dan daun kari hingga wangi.
  3. Masukkan santan, garam, gula, asam dan kerisik, gaul rata, tambah sedikit air dan masak mendidih. Masukkan udang dan gaul rata dan masak hingga udang berubah warna. Matikan api dan siap utk disajikan.

3 ulasan:

  1. lapar la. achikkkk, hantar sini la sikit. hehehehehe

    BalasPadam
  2. rendang udang.. pergh.. kelaaasss...

    mmg jarang di buat orang.. tapi best gak kalau try kan kan kan...

    BalasPadam
  3. Emmm sedap nye..... Belum makan tghhari ni hujan plk tu....Lapar lak pulak!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...