OOO

Rabu, November 25, 2009

Sambal Daging


 Kadang-kadang akak suker masak sambal daging style camni...masak sambal dia lebihkurang macam masak sambal ikan keli yang anak-anak akak suker tu..kalau buat akak gunakan daging batang pinang/daging lembut sebab malas nak rebus lama.
Bahan-bahan

  • 1/2 kg daging batang pinang -rebus sekejap (kalau guna daging lain kenalah rebus lama sikit)-simpan air rebusan
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 8 biji bawang kecil* 
  • 5 biji bawang putih*
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 1/2 inci halia*
  • 1-2 sudu makan kicap manis 
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • 2-3  biji limau kasturi - ambil jus
  •  garam secukupnya

      Cara-cara
    1.  Hiris daging nipis setelah di rebus. Jangan buang air rebusan.
    2.  Goreng bahan-bahan bertanda * sebentar dan tumbuk kasar.
    3.  Gunakan minyak yang sama dan tumis cili kisar  sehingga terbit minyak.
    4.  Masukkan bawang tadi dan garam  kacau sebati dan masukkan daging tadi.
    5.  Masukkan juga air rebusan dan tunggu sehingga kuah pekat sikit barulah dimasukkan kicap pekat.
    6.  Kacau lagi dan akhir sekali masukkan hirisan bawang besar tadi.
    7.  Rasa dulu  cukup garam atau idak..... barulah dipadamkan api.
    8.  Tuang jus limau kasturi.  Bolehlah di hidangkan.

Buat lagi daging grill pedas bersama mangga...memang selalu buat sebab akak suker...

7 ulasan:

  1. masuk blog akk ni kan
    buat kan perut den lapor
    den mmg suko makan2 nie

    BalasPadam
  2. idea nak masak malam raya la..bagus kak ni.

    BalasPadam
  3. salam ina..

    bloih cuba ni..nak raye ni..daging fresh banyak jual..terima kasih

    BalasPadam
  4. salam..iye ker??kalau lapo kena gi makanlah ek..

    salam naurah...cuba jangan tak cuba.



    salam erna...jangan tak show kat blog lepas buat ek..

    BalasPadam
  5. aduhai kak inaaa!!! tak tahan tengok daging grill pedas ngan mangga tu!!!

    BalasPadam
  6. salam kak inaaa....windu nyer nak masuk blog kak ina..slalu jengah..tapi x tinggal jejak..sgt lazyyyy..hahahha...ni baru ada kesempatan...sedap2 nyer la menu kak ina ni..bile la kite leh jpe ni kak ina...sgt2 teringin nak jpe kak ina..:D

    BalasPadam
  7. Wah..tergoda sungguh nengok daging grill mangga itewww..Mangga dah ada ni tergolek2 kat rumah...tunggu daging korban jelah....

    Sape nak tolong hulur agaknya yaaa...? kih kih kih...tak patut betul ...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers