OOO

Selasa, November 24, 2009

Soup Ayam


  Selalu beli ajer campbell soup...tapi kali ni nak cuber buat sendiri...resepi asal dari minami Myresepi tapi akak ambil dari rumah Mimi.  Sedap jugak ek...buat masa makan pizza hari Jumaat lepas.

 

Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)-akak guna cendawan segar
  • garam
  • secubit ajinomoto -akak tak letak
  • 1 cawan tepung gandum-akak bancuh dengan sedikit air.

Cara-cara 

1.  Potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak. 

2.  Masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom. 

3.  Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.

Kalau makan panas-panas lagi sodap..


Buat jugak yang ini..sayur campur di rebus dan di bubuh mayonis, air sejuk dan jus limau sikit dan garam.

3 ulasan:

  1. sememangnya klu buat sendiri lagi seronok...boleh cipta resepi sendiri yg lebih mudah dan pantas...

    BalasPadam
  2. kiterr tengok menu2 akak...jadikk lapar plak..terus capai hand phone orders PIZZA HUt....sedappp....nak buat sendiri tak der kesempatann laa pulakk...

    BalasPadam
  3. salam haslina..bila anak ramai baik buat..klu anak seorg cam kamu..baik beli..


    salam ct...amboi siap order pizza hut..bak sikit..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers