OOO

Sabtu, November 07, 2009

Tomyam tak yah pakai paste


Resepi tomyam ni akak ambil dari As di New Zealand...tapi yang menariknya tak yah pakai paste tomyam......kira macam paste buat sendiri....Resepi asal dari My Resepi...As ambil dari Haniaz..copy and paste ajerlah..terima kasih pada penyumbang resepi.



Bahan-bahan ( sekeluarga makan )
  • 2 keping dada ayam
  • *2 biji tomato masak-
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 labu bawang besar
  • *2-3 hiris lengkuas
  • *3-5 biji cili padi
  • (bahan2 bertanda * dikisar)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 1 biji limau nipis (diperah airnya)
  • 2 keping asam keping
Sayur-sayuran : bunga kobis, tomato, carrot dan sebiji bawang besar di potong 4,Ikut suka nak banyak mana, kalau suka sayur letak lah banyak sikit ajer..
Air lebih atau  kurang seliter air
gula dan garam secukup rasa.
*akak tambah sotong yang di potong kecil


Cara-cara
  1. Tumis bahan kisar bertanda *.
  2. Masukkan air, ikut nak berapa banyak kuah, agak-agak satu family makan le
  3. Masukkan daun limau purut, serai dan asam keping
  4. Bila mendidih masukkan gula dan garam secukup rasa, kemudian masukkan perahan air limau nipis. Sesudah itu masukkan potongan bawang besar
  5. Masukkan semua sayuran dan sotong. Biar seketika...tak leh lama sangat ..nanti sotong tu jadi getan spring.
  6. Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas...ikan tiga rasa dan telur dadar (kalau sape yang rajinlah...tak yah gi kedai)..memang best habis...

2 ulasan:

  1. salam ina..alhamdulillah senang masuk blog ina kali ni.selalunya cm give up sebab susah dan makan masa ...apa khabar abah ina?dah ok ke?semoga bertambah sihat hendaknya

    BalasPadam
  2. salam kak ina...sy memang masak tomyam tak pernah guna paste...lebih kurang sama dah resepi tu cuma sy tumis sekali dgn serai dan daun limau purut...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers