OOO

Selasa, Disember 22, 2009

Ayam Kuzi


Masak ayam kuzi ni sebelum gi langkawi ...makan dengan nasi beriani...bagus tau makan lauk cam ni..tak guna santan..cuma guna yogurt...baik untuk kesihatan...ambil resepi dari suratkhabar...
Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam-potong 16
  • 10 biji bawang kecil-kisar
  • 4 biji bawang putih-kisar
  • 1 inci halia-kisar
  • 1/2 cawan yogurt ataupun susu cair campur dengan 1 biji jus limau kasturi
  • 2-3 sudu makan sos tomato/tomato puri
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan rempah beriani-bancuh dengan sedikit air
  • garam secukupnya
  • sedikit serbuk kunyit
Bahan tumis 

  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 3 biji pelaga
  • 1 kayu manis
  • 3 bunga cengkih
  • 1 btg kayu manis
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 1 sudu makan minyak masak
 Hiris kasar

  • 1 tangkai ketumbar
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 tangkai daun sup
 Bahan hiasan
  • 2 biji tomato-belah 4
  • 3 biji cili hijau-belah 2
  • 2 biji cili merah-belah 2
 Cara-cara
  1. Bersihkan ayam  dan toskan. 
  2. Lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sekejap ajer.
  3. Panaskan minyak sapi dan minyak masak lalu masukkan rempah tumis.
  4. Masukkan bawang besar yang telah di hiris dan kacau lagi.
  5. Masukkan bahan kisar dan rempah beriani.
  6. Kacau sehingga terbit minyak dan masukkan air.
  7. Masukkan ayam, sos tomato dan sedikit garam.
  8. Biarkan pekat dan masukkan yogurt dan daun-daun.
  9. Kacau sebentar dan masukkan tomato, cili hijau dan cili merah.
  10. Biarkan sekejap dan rasa dulu baru di padam api.
  11. Tabur dengan bawang goreng jika suka.
  12. Boleh di makan bersama-sama nasi beriani, nasi hujan panas, nasi minyak dan nasi tomato.
 
Akak kadang-kadang buat sarapan camni..senang kan... 

makan dengan cili sos campur mayonis

10 ulasan:

  1. Wahhh sungguh teruja tengok ayam kuzi akak ni...

    Akak, tanya siketttt..buh yogurt n jus limau tu nanti lauk kita ada rasa ala-ala masam siket tak?

    BalasPadam
  2. salam nenie..memanglah rasa masam-masam sikit...tapi sedap..

    BalasPadam
  3. Ina...telur dadar dengan hotdog hiris tu feveret anak2 anie...kalau makan dengan nasi pun diorang suka...

    BalasPadam
  4. salam kak ina...akan saya cuba menghasilkan sarapan sebegini hehe.mesti anak buah saya suka. Amboi akak cuti2 langkawi ke

    BalasPadam
  5. salam kak ina...baguslah menu ayam kuzi ni...x pakai santan,rasa cam nak cubalah tapi tak tahulah bilanya...

    telur tu pun budak2 mesti suka...

    BalasPadam
  6. hai kak ina.. saya la yg masuk mister potato tu.. x sempat nk tulis lagi entry mister potato tu.. meh la singgah, kalau senang...

    BalasPadam
  7. salam aNIe..memang mudah kan nak buat cam ni..simple dan cepat di masak.


    salam fairylilly..cuba jangan tak cuber..seronok dah sampai kat kg ek..

    salam ima..ala bukan susah pun nak buat lauk cam ni..cubalah yer..

    salam thezaila..insyallah nanti akak jenguk lagi ek..kelakar bila kena buli dengan MC malam tu..

    BalasPadam
  8. Saya memang sukkeeeee benda yang masam2 cam gini...

    Cuma C.Hubby kite yang cerewet sikittt.Dia tak suka masam..Kadang2 dia makan tapi mesti kena selera dialah...

    Dia ni bab2 makanan susah nak jangka siketttt....

    He he he bini dia ni pula, sukeeee sangat mencuba resipi baruuuu....

    BalasPadam
  9. wah,sedapnya akak..bila nak jemput saya makan ni (muka tak malu)..

    P/s :Kalau akak disablekan komen moderation,lagi mudah saya nak komen...

    http://eyriqazz.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. salam sue..taklah masam sangat...cuba buat sikit dulu.

    salam eyriqazz..terima kasih sudi datang..silalah datang selalu yer..akak tak reti nak buat camtu..tolonglah ajarkan..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers