OOO

Isnin, Disember 21, 2009

Ayam Nyonya



 Ambik resepi ni dari rumah Nor tapi resepi asal dari rumah Jun...kalau tang isi kalau masak gulai  ataupun goreng anak-anak tak suker makan...jadi simpan ajer isi  tu...boleh buat lauk camni...memang sedap...terima kasih Jun kerna sudi berkongsi resepi ni..akak c & p dari rumah Nor.

Bahan-bahan

  • 400gm ayam
  • 1 biji bawang besar-potong baji
  • daun kari
  • 4 cili api-ketuk
  • minyak
  • akak tambah-sebiji bawang holland-dipotong 4
bahan perap:-kisar
  • 1 batang serai
  • 5cm kunyit hidup
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • sedikit lengkuas
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • garam


bahan perasa:-
  • 1 sudu besar sos plum ~ k.nor ganti dgn perahan limau nipis (akak ikut nor-sebab tak ada stoklah sos plum ni)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
Cara-cara

  1. Bersihkan ayam n keringkan ngan tisu.
  2. Gaul dengan bahan perap serta telur, tepung jagung dan garam selama 15min. 
  3. Goreng ayam hingga kekuningan.. angkat dan toskan.
  4. Panaskan minyak lagi, tumis bawang besar, cili api dan daun kari hingga wangi. 
  5. Masukkan ayam dan bahan perasa dan juger bawang holland.
  6. Masak atas api besar... gaul rata, angkat dan  hidangkan.

6 ulasan:

  1. Memang pun kak ina. Anak-anak kita pun, kalau bahagian isi, ditepikan aje. amik tulang jeer. kalau masak cam ni mesti lakukan.

    BalasPadam
  2. sedap nampak ayam nyonya ni.... mintak skert kak...anak akan x makan kite tolong maknkan.... jehehe

    BalasPadam
  3. Ding Dongggg!

    Kita bawak mangkuk..Nak mintak ayam nyonya akak..

    BalasPadam
  4. kak sedapnye nampak ayam tu... dahle lapo nih. huhuhu.

    BalasPadam
  5. sedapnyaaaaa!!!! lapar pulakkkk!!!

    BalasPadam
  6. salam geraugebang...memang betul..kenapa ek dia org tak suker makan isi..suker peha dan kepak...tapi tak apa..isi boleh buat macam-macam.


    salam noorsha..nanti cuba buat sendiri yer..jauhlah nak hantar.


    salan sue@nennie..nak sikit ker?dah habis lah..

    salam phatgurl.blogdrive.com..dah dapat duit banyak lapar lagi ker?

    salam ain...ashik lapar ajer..tak gemuk jugak.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers