OOO

Selasa, Disember 15, 2009

Kek Lapis Oreo

 Buat lagi kek lapis sebelum gi cuti-cuti malaysia.....akak memang beli 3 bungkus biskut oreo nak buat kek lapis ni..tapi anak-anak ni terutama imran sibuk nak makan..dia makan 1/2 paket...lelama di  lapisan terakhir tak cukup pulak biskut..jadi kena letak jarang-jarang..resepi asal dari rumah rozzan tapi akak ambil dari rumah ah mat gebu.
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 g mentega
  • 10 biji telur gred A
  • 150 g gula kastor
  • 100 g biskut marie, kisar halus
  • 50 g serbuk santan
  • 100 g susu pekat manis
  • 180 g tepung gandum
  • Biskut oreo secukupnya, dibuang cream 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu.
  2. Pada speed sederhana, masukkan tepung gandum, biskut marie kisar, serbuk santan dan susu pekat manis. Kacau hingga sebati.
  3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan letak warna kegemaran (akak guna warna merah dan hijau). Letak 4 camca besar adunan hijau, bakar dengan api grill pada suhu 180C selama 5 kurang lebih minit. Bakar lagi satu lapisan warna merah  hingga masak.
  4. Selang seli kan dengan warna hijau. Lepas lapisan ke lima boleh disusun biskut oreo tadi. buat hingga siap..
 
Bawak kek lapis ni ke langkawi....respond dari orang saner...sedap...kembang hati akak...

7 ulasan:

  1. ooo.looks yummy! is it really tat easy to make?

    BalasPadam
  2. OOO coti coti mesia ar kak..slmt bercuti..sedap kek ni..nak try buat gak..:)
    tgk aje pon da sedap..

    BalasPadam
  3. oowwwh...gi langkawi cuti2 bawak kek lapis sekali ye!!! untung lah org2 langkawi!!!

    BalasPadam
  4. amboi akak dah buat ye,kek lapis oreo tu...ima pun bercadang nak buat jugak,bahan2 pun dah lama tersimpan tapi masa tak mengizinkan lagi...huhuhu,terliurnya!

    BalasPadam
  5. Salam kak wahh citu cuti m'sia yeee byk memborong ke kak..kek ni dah lama x buat suka sgt....cantik kek akk warnanya terang

    BalasPadam
  6. wahh sdap gila...nak tempah bleh?hehe family saya dh lama tak makan kek lapis..

    BalasPadam
  7. hai kathlynn..tq drop by to my blog..


    salam mummyseri..memang sedap..cubalah buat ek..


    salam ain..yang untung biras akak..anak-anak kurang sikit...dah jemu kot..


    salam ima..kena ada virus R baru boleh buat tau ima..


    salam sheila..tak borong pun..barang mahal lah..beli sikit ajer buat kenangan.

    salam fit..rasanya belum boleh ambil tempahan lagi..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers