OOO

Rabu, Disember 02, 2009

Kerutup Udang


 Buat kerutup udang ni banyak sikit kerja..sebab..nak sangai dan kisar semua bahan rempah...walaupun leceh tapi rasanya sodap....akak ambil resepi dari rumah ah mat gebu...mat ambil dari rumah "Norzailina Nordin"..akak c & p dari situ..cik mat memang halalkan kalau akak ambil resepi dari umah dia..terima cik mat...kata cik mat boleh guna resepi ni untuk masak ayam ataupun daging...tapi akak hairan  kenapa masakan cik mat warna merah..akak punyer warna ni...rupernya akak luper letak cili merah...padan muker akak...dah berumur lah katakan...tapi rasanya tetap sodap...

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 kg udang galah (atau udang bersaiz besar)
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa
A...
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 camca besar cili kisar
1/2 biji bawang besar
B...
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
C...
3 cm kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan. Kisar halus bahan2 "A". Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.
  2. Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi, masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.
  3. Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.
  4. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika suka....Sedapppp!!, tak caya luu boleh try sendiri beb!!!!

5 ulasan:

  1. Sib baik perut masih kenyang ni, kalau tak, harus meleleh airliur tengok kerutup udang akak ni...

    BalasPadam
  2. hehe kelakar la kak ina ni, dah c & p pun masih terlupa satu bahan.
    tapi kak... warna cam tu pun nampak sedap kak.
    kakchik kalau udang ni masak apa pun kakchik suka.

    BalasPadam
  3. salam k.ina hemm mmg sdp kerutup ni nak buat nya yg payah..selalu mkn yg dgg..kena yg udg best jugak yeee..

    BalasPadam
  4. alamak...nampak sedap tapi leceh ler nk membuatnyer..mau sakit pinggang dibuatnyer...

    BalasPadam
  5. salam mamafami..tulah perut kenyang nampak makanan yang sodap pun tak hairan kan..



    salam kak chik..akak tulis dlm buku ajerlah..tak print pun..cuma c & p kat blog ajer..


    salam sheila...payah tulah yang sodap..

    salam noorma..ala kesiannya mak yung ni..nanti nak gi umahlah nak tenguk perut dah besar ke belum?

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...