OOO

Rabu, Disember 16, 2009

Kuah Kacang aka Kuah Satay


Kuah satay ni makan dengan nasi impit dan satay goreng minggu lepas...ingatkan nak update bila pagi Rabu...tiba-tiba internet tak leh bukak...frust sungguh...jarang akak masak sendiri kuah kacang...sebab mak yang selalu masak...ikut tip Puan Hanieliza kena masak kuah kacang ni dengan api perlahan dan biar lama sikit baru naik minyak..memang betul...sedap dan lawalah kuah kacang akak ni....dan licin di makan dek suami dan anak-anak...terima kasih yer Puan Hanieliza...

Bahan-bahan
  • 1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 cawan gula merah-akak guna gula melaka
  • 1/2 cawan minyak
  • garam secukup rasa
Bahan mesin/kisar
  • 5 sudu besar cili mesin
  • 4 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
Cara-cara
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan nasi impit.



 Jemput makan

6 ulasan:

  1. Dah lama tak masak kuah ni..Raya haji ari tu pun tak sempat, ketupat segera n kacang tanah dah standby...

    Akak, sorry..Belum gi lagi ke kedai yang jual penyukat itek tu...

    Minggu ni tak kluar ke mana..Masa tak mengizinkan...Ada dak kecik ni cam ginilah rupanya..He he he he..

    BalasPadam
  2. Akak, alang-alang memasak tu, masak ler lelebih sket, pas tu hantarlah sini. Bukan akak tak tahu jalan ke rumah kita... ahakss.. dengan slamber landnya mengendeng lauk orang! Sabor je la!

    BalasPadam
  3. Adeyyyy! Ur dishes are my favourite!!! Kita share2 makan jer kat sini ye kak! :))

    BalasPadam
  4. salam yanmie..sedap..cuberlah buat ek..


    salam sue..tak apa..benda tu bukannya penting sangat....


    salam mamaFaMi..ala kamu lagi terror dari akak lah..

    hai love..jomlah makan sama-sama

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers