OOO

Khamis, Disember 17, 2009

Nasi Beriani (Versi Lain ke 2 ke atau ke 3)




 Ambil resepi dari surat khabar...sedap oiiiii...best aaaa..habis di makan oleh anak-anak...cubalah yer...
Bahan-bahan

  • 4 cawan beras basmati-basuh dan toskan
  • 6 cawan air (5 cawan air biasa dan 1 cawan air halia-1 inci halia di mesin dengn 1 cawan air-tapis)
  • *1 biji bawang besar
  • *8 biji bawang kecil- * dihiris halus
  • *4 biji bawang putih
  • 2 helai daun pandan-disiat-siat dan di ikat
  • 2 batang kayu manis
  • 6  biji pelaga
  • 6 bunga cengkih
  • 2 bunga lawang
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar rempah beriani-dicampur dengan sedikit air
  • garam secukupnya
  • 1 tangkai daun ketumbar@
  • 1 tangkai daun sup@-semua di hiris
  • sedikit daun pudina@
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning-dicampur sedikit air
  • 1/2 cawan yogurt atau 1/2 susu cair campur dengan 2 biji jus limau kasturi-biarkan sebentar
  • badam secukupnya-digoreng
  • kismis-akak tak letak
  • bawang goreng secukupnya
Cara-cara

  1. Panas minyak dan minyak sapi.   Tumis bunga lawang, kayu manis, daun pandan,cengkih dan pelaga sampai naik bau.
  2. Masukkan bahan yang telah dihiris dan kacau lagi sampai layu dan wangi.
  3. Masukkan rempah beriani dan kacau sekejap sampai naik bau dan  baru di masukkan beras basmathi.
  4. Goreng sebentar dan alihkan ke dalan periuk nasi letrik.  Masukkan air dan garam.
  5. Bila telah kering masukkan yogurt dan daun-daun tadi.  Tutup semula.
  6. Biarkan 10 minit baru di letak pewarna kuning dan gunakan chopstick untuk mengacau .....takut nasi patah.  
  7. Taburkan bawang goreng dan kacang badam dan kismis (jika guna)
  8. Siap untuk di makan.

    5 ulasan:

    1. This is simply the best briyani recipe I've seen kak! My mum used to do this style also!

      So do one of my IndianMuslim fren...memang pandai buat briyani. Love dulu ambik tips from her gak! Cuma briyani spice tuh dia buat sendiri..or beli in kampits kat Carrefour katanye...Love tak pernah try!

      Okey, krg nak tapau akak punya pulak! I'm hungry!! hehehe ;)

      BalasPadam
    2. Ina...macam menarik je...bila ina kata sedap...teringin nak cuba...

      BalasPadam
    3. Salam,
      Semoga hadirnya sinar baru 1431 Hijrah, menghijrahkan kita ke arah yang lebih baik...

      hari ni masak apa pulak? special betul nasi beriani tu..

      BalasPadam
    4. sedap ekh..??nk sikittt!!!

      salam maal hijrah utk kak ina sekeluarga!!!!

      BalasPadam
    5. hai love....really..wah best ek dpt beriyani recipe sama style mcm your mum selalu buat..bestnya..
      love trylah asked your muslim fren how to do teh briyani spice and then you share tah recipe with me..


      salam aNIe..cubalah yer..senang ajer nak membuatnya.pasni tak yah gi beli..



      salam hazlin...terima kasih bagi ucapan maal hijrah..masak cam biasa ajer...

      salam ain..nak hantar jauh bebeno..cubalah buat ek..

      BalasPadam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Google+ Followers