OOO

Selasa, Disember 08, 2009

Satay Daging Goreng (resepi asal satay ayam)


Resepi satay ni akak  ambil dari rumah http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/..yang duk jauh di jepun..malas nak cucuk  dan lidi satay tak ada kat umah dan pastu tu akak malas nak bakar arang...akak goreng ajer satay ni.....pernah tenguk kat member blog yang goreng satay ni...akak goreng dengan sedikit minyak jagung dan goreng dengan api yang besar...walla sedap ...suami pun suker..habislah org jual satay kalau cam ni...
Bahan-bahannya:

  • 5oog dada ayam / isi ayam-akak tukar guna daging batang pinang
  • 50g gula
  • Garam secukup rasa
  • lidi sate secukupnya
Bahan-bahan dikisar halus:

  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk halia
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit 
Bahan untuk merenjis :

  • 1 biji buah keras(ditumbuk halus)
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Kacau gula dengan air hingga hancur dan masukkan buah keras dan minyak kemudian kacau sebati. Serai yang diketuk sedikit dan diikat bersama sehelai daun pandan sebagai perenjis. Celup ke dalam bahan renjis dan renjis ke atas satay yang sedang di bakar.
Cara membuatnya :
  1. Ayam dibersihkan dan di toskan. Potong mengikut citarasa masing- masing
  2. Selepas di potong tidak perlu dicuci lagi.  
  3. Gaul ayam tadi dengan semua bahan kisar, gula dan garam secukup rasa.  
  4. Perap sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman supaya rempahnya meresap.  
  5. Kemudian baru dicucuk dengan lidi satay.  
  6. Bakar di atas pembakar sambil renjis dengan bahan renjis menggunakan serai yang diikat dengan daun pandan.  
  7. Boleh juga di bakar di atas tudung periuk yang diletakkan diatas dapur gas. 
  8. Sapu sedikit minyak pada tudung periuk.  
  9. Bakar sehingga daging masak. 
 
yang ni bakar dalam oven guna api atas...tapi tak kick macam goreng... 

 panaskan jugak sup campbell...saje nak kenyangkan perut

    6 ulasan:

    1. mak aii.. bestnya.. takyah nak bercucuk-cucuk ngan bakar2 bagai kan..

      pergh.. buleh dirpaktikkan di hujung minggu nih..

      hihihi

      BalasPadam
    2. Akak dah try ye resepi satay ni...amacam ada kena tambah rempah ape2 lagi ke sukatan ke comment la sket bole sama mempersedapkan lagi resepi ni...
      Memang ada resepi satay goreng juga, E-na mula2 buat satay goreng masa sekolah2 dulu mak yang ajar...he he

      tq kak sudi cuba resepi ni...

      BalasPadam
    3. kalau akak yg masak,tentula menjadi..tapi kalau naura,ntah satay apa yg jadi kut..huhu..

      BalasPadam
    4. Hola,
      Interesante, no va a continuar con este artнculo?

      [url=http://www.ruforest.com/]SuperSonic[/url]

      BalasPadam
    5. Nombre de www.kakinakl.com a GoogleReader!

      [url=http://www.findonblogs.com/]Worker[/url]

      BalasPadam
    6. Greatings, Interesante, no va a continuar con este artнculo?

      [url=http://www.wwdnla.com/]Ivan[/url]

      BalasPadam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Google+ Followers